CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nabila Razali Berlatih Tanpa Henti, Yakin Vokal Semakin Mantap

12-3-2021 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11579| Komen: 86

Selama tiga bulan penyanyi Nabila Razali berehat daripada dunia nyanyian bagi memberi masa peti suaranya kembali sembuh.

Kini, pelantun lagu Peluang Kedua itu sudah bersedia, malah bakal bertanding menerusi pentas Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL35), Ahad ini.


Nabila percaya vokalnya sudah mengalami banyak perubahan dalam tempoh berehat selama tiga bulan.

Foto: IG

"Saya tidak mengambil sebarang tawaran menyanyi, hanya berehat dan menjalankan terapi suara. Alhamdulillah, vokal saya semakin baik. Saya baru sahaja menjalankan pemeriksaan, doktor memberitahu ada perubahan berbanding sebelum ini.

"Bengkak semakin surut. Disebabkan itu, saya bersedia menyanyi di pentas AJL35, Ahad ini. Jika tanya mengenai keyakinan, saya percaya kemampuan diri.


"Tidak menafikan tekanan sentiasa ada, tetapi buat masa sekarang, saya lebih fokus pada diri saya. Paling penting, saya merasakan vokal saya ada perubahan daripada sebelum ini," katanya kepada BH Online.

Dalam masa sama, Nabila berkata, dia berdepan dengan debaran memandangkan kali pertama beraksi di pentas berprestij itu.



"Gembira dan berdebar, semuanya bercampur baur. Namun, apa yang lebih mendebarkan adalah mempersembahkan lagu Peluang Kedua. AJL pula pertandingan karya, bukannya nyanyian.

"Insya-Allah, saya akan cuba memberikan yang terbaik," katanya yang akan mengetengahkan persembahan yang ringkas, tetapi beremosi.

Untuk itu, Nabila berkata, dia menjalankan latihan sejak peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik Ke-35 (SFMM35) yang lalu hingga hari ini.

"Saya berlatih tanpa henti. Boleh dikatakan hampir setiap hari saya menghadiri kelas bersama Datuk Syafinaz Selamat. Beliau juga mengatakan vokal saya bertambah baik, tetapi sudah tentu ada banyak yang perlu saya belajar. Namun, buat masa sekarang, saya berpuas hati dengan prestasi selepas menghadiri kelas bersamanya.

"Untuk pengetahuan, saya tetap akan menghadiri kelas selepas AJL35 untuk terus memantapkan vokal. Sudah tiga bulan saya berehat, tiba masanya saya kembali aktif," katanya.



Mengambil iktibar daripada apa yang berlaku, Nabila berkata, dia tidak mahu terlalu sibuk dengan undangan nyanyian dan cuba seimbangkan nyanyian dan perniagaan.

Disebabkan itu, Nabila berkata, dia menggunakan tempoh rehat dalam dunia nyanyian untuk menceburi bidang perniagaan.

Kini, selepas beberapa bulan berjinak dalam bisnes, Nabila sudah membuka empat cawangan francais Ayo Fried Chicken.



"Saya biasa bekerja setiap hari. Apabila tidak bekerja, saya rasa kosong. Oleh sebab itu, berniaga adalah alternatif untuk membuatkan saya sentiasa sibuk.

"Alhamdulillah, sekarang saya aktif dalam perniagaan makanan dan mempunyai empat cawangan di Melaka, Selayang, Kota Damansara dan Senawang.

"Saya bersyukur jualan tetap memberangsangkan walaupun dalam situasi pandemik COVID-19. Saya gembira berpeluang menceburi bidang perniagaan baru," katanya yang pernah berniaga tudung sebelum ini. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tukul.Besi 12-3-2021 09:37 AM
Bakal pemenang vokal terbaik
Quote mrsbob87 12-3-2021 10:07 AM
steady dik nab.. keep on tryin
Quote pngky 12-3-2021 10:26 AM
Tukul.Besi replied at 12-3-2021 09:37 AM
Bakal pemenang vokal terbaik

kriikk krikkk
Quote Geeayden 12-3-2021 10:29 AM
Semoga AJL berjalan lancar, x sabar tengok persembhn para penyanyi yg bertanding
Quote dudaberhias 12-3-2021 10:32 AM
harap2 masa persembahan nyanyi lagu maaf andai ku terluka tu...

kan ada bahagian mk k-clique punya chorus tu dia punya gap rasanya dekat 30 saat panjang....

harap2 terus iklan time tu... supaya menepati feel dan konsep MV asal....
Quote Mulotkoyak 12-3-2021 11:01 AM
Tetibe die juara AJL you allsss..  Ko ghase???  Hahaha.. Sbb juri xde pilihan lain dh..
Quote Kancilkering 12-3-2021 11:08 AM
good luck nabila razali....yg kes terlebih makan kuih raya tu lupa je lah.....

sit back relax and enjoy AJL......
Quote missbigrockstar 12-3-2021 11:12 AM
Takpa, yg penting kau usaha nabila. Hasil dan rezeki kita tunggu Ahad ni. All the best.
Quote Redmyvi 12-3-2021 11:21 AM
sabar jela tajuk.. haha
Quote JalaEmas 12-3-2021 11:40 AM
tak minat pon si nab ni.. tp iolls suka tgk dia pkai tudung or shawl.. terletak elok.. bagi iolls laa..
Quote taji2906 12-3-2021 11:47 AM
adakah suara dia dah jd mcm sinyu plak?
Quote prizadane 12-3-2021 11:50 AM
Walaupun iols tak suka suara dia, tapi iols suka keyakinan, positivity n usaha sheols. Cuba lah yang terbaik.. kalau rezeki awak menang, Alhamdulillah n anggap la suara yang menghina n mengutuk tu asbab untuk awak lebih improve di masa akan datang
Quote riena3321 12-3-2021 11:51 AM
slh 1 sebab aku tgu juara lagu thn ni.nk tgk nabila  la
Quote fahima80 12-3-2021 11:55 AM
JalaEmas replied at 12-3-2021 11:40 AM
tak minat pon si nab ni.. tp iolls suka tgk dia pkai tudung or shawl.. terletak elok.. bagi iolls la ...

Iols pernah tengok cik nab ni secara live. Memang shawl dia nampak kemas tak serabut sana sini. Agaknya bentuk muka sheols kena bila pakai bawal or shawl.

Papepon good luck je la untuk cik nab dan semua yang bertanding. Iols kesian finalists tahun ni, takde penonton. Lain suasana takde penonton. Untuk yg 1st time pergi AJL memang tak merasa la dengan sorakan2 real dalam dewan.
Quote SayaSayangMama 12-3-2021 12:11 PM
Dia ni baik je so plsss jgn la kecam dia.. i just cant...
Quote Joysparta 12-3-2021 12:15 PM
mcm tercekik..tersepit je sore dia bila nyanyi..btw dia ni keluaran program tv mana??
Quote September14 12-3-2021 12:18 PM
Mulotkoyak replied at 12-3-2021 11:01 AM
Tetibe die juara AJL you allsss..  Ko ghase???  Hahaha.. Sbb juri xde pilihan lain dh..

Ghase happy sbb lagu dia sedap....
Quote September14 12-3-2021 12:18 PM
Joysparta replied at 12-3-2021 12:15 PM
mcm tercekik..tersepit je sore dia bila nyanyi..btw dia ni keluaran program tv mana??

Af batch dgn grup hael n indah
Quote husna_amal 12-3-2021 12:23 PM
betul2 peluang kedua

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.078874 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top