Alor Setar: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) dan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan pemeriksaan mengejut di pintu masuk IPK Kedah hari ini.
Operasi Khas Bunyi Bising & Ubahsuai selama satu jam bermula 7.30 pagi itu dilakukan membabitkan pemeriksaan dokumen sulit, kenderaan dan pas keselamatan. Operasi disertai dua pegawai dan enam anggota JSPT IPK Kedah, tiga pegawai dan tujuh anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan dua pegawai serta seorang anggota JIPS IPK. Dalam operasi itu, JSPT melakukan pemeriksaan terhadap 128 kenderaan dan 116 motosikal manakala Cawangan Khas memeriksa 160 kenderaan dan 99 motosikal.
Manakala JIPS IPK pula melakukan pemeriksaan terhadap 22 orang. Selain itu, beberapa kenderaan milik pegawai dan anggota serta kakitangan awam IPK Kedah disaman kerana melanggar undang-undang jalan raya seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan. Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanudin Hassan berkata, pemeriksaan dilakukan untuk memastikan anggota dan pegawainya di IPK Kedah mematuhi peraturan. Beliau berkata, pemeriksaan itu kerap dilakukan dan ia dilakukan secara berkala. "Tumpuan pemeriksaan terhadap kenderaan yang memasuki IPK yang melakukan kesalahan ubahsuai bunyi dan nombor pendaftaran fancy. "Tindakan tetap diambil sekiranya ada anggota dan pegawai kita didapati melakukan kesalahan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
sukacactus replied at 15-3-2021 10:35 PM
Bagus la!
Aku br tau jiran kat dpn umah mak aku, xpernah ada lesen moto sampai la dia pencen wajib ...
haruslah replied at 15-3-2021 10:47 PM
Rasa polis x perlu lesen mcm marhaen
Diorg ade driving lesen khas
Pencen nanti kena convert ke l ...
tumpanglalu74 replied at 15-3-2021 10:42 PM
Macam wayang je..
ADVERTISEMENT