Pasti ramai peminat tegar Misha Omar terubat rindu melihat persembahannya pada acara penutup Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL-35). Bergandingan dengan Akim & The Majistret, Misha menyampaikan lagu hits masing-masing iaitu Sampai Bila dan Potret versi mash-up yang cukup mantap. Di Instagram, Misha atau lebih mesra dipanggil Kak Mitch berterima kasih kepada TV3 kerana mengundangnya untuk membuat persembahan di majlis anugerah berprestij itu. Katanya, pengalaman bekerjasama dengan Akim adalah peluang yang di nanti-nantikan selama ini.
Misha juga mendedahkan, Akim seorang penyanyi berbakat besar lagi-lagi dalam menjiwai sesebuah lagu. Selain kagum dalam bidang muzik, Misha menganggap Akim seorang suami dan bapa yang penyayang kerana setiap masa bersama, Akim tak putus-putus menyebut nama isterinya, Stacy. Di ruangan komen, terlihat Akim dan Stacy mengucapkan terima kasih kepada penyanyi itu. Sumber: Murai
|
user.name replied at 16-3-2021 04:03 PM
INTAN.JEJAI replied at 16-3-2021 07:25 PM
Kepam nye laa si akim ni
dua_chzy replied at 16-3-2021 11:46 PM
Siapa ya nama wartawan lgbt ni? Juan Danza? Dah lupa. Dulu tak perasan. Sekarang baru retis jantan ...
dua_chzy replied at 16-3-2021 11:46 PM
Zaman awal masuk AF 100 kali lagik kepam. Heol memang asalnya kepam.
dua_chzy replied at 16-3-2021 11:46 PM
Zaman awal masuk AF 100 kali lagik kepam. Heol memang asalnya kepam.
ADVERTISEMENT