CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bront Palarae Dah 'Mendunia', Berlakon Filem Antarabangsa

19-3-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10016| Komen: 72

Peluang bekerja di bawah pengarah, Michael Haussman dalam filem antarabangsa berjudul Edge of the World umpama mimpi menjadi kenyataan buat Bront Palarae.

Filem berkenaan mula ditayangkan untuk pasaran United Kingdom bermula 21 Jun ini.


Foto: IG
Bront ketika dihubungi berkata, dia dan Haussman cukup serasi sepanjang penggambaran yang berlangsung di Sarawak selama dua bulan bermula Oktober hingga Disember 2019.

Haussman yang juga pengarah dari Amerika Syarikat sinonim dengan penghasilan filem pendek dan muzik video penyanyi popular dunia.

Dia pernah menghasilkan muzik video penyanyi popular seperti Madonna, Richard Marx, Kanye West, Justin Timberlake, Jennifer Lopez, Selena Gomez, Britney Spears, Eric Clapton, Paula Abdul dan ramai lagi.


Haussman juga pernah memenangi enam anugerah di MTV Video Music Awards.



Bront berkata, dalam filem berkenaan dia membawa watak sebagai Pangeran Mahkota.

"Alhamdulillah, kerjasama dengannya begitu mudah. Ketika menuntut dalam bidang filem dulu, saya banyak mengikuti hasil kerjanya sama ada iklan atau video muzik.

"Jadi, peluang untuk berlakon di bawah arahannya ibarat pucuk dicita, ulam mendatang. Apa yang lebih menarik adalah keserasian kami dalam bekerjasama sepanjang penggambaran berlangsung," katanya kepada Harian Metro.


Filem itu mengisahkan mengenai perjalanan Sir James Brooke ketika datang ke Bumi Kenyalang itu.

Selain Bront, filem itu juga turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Dominic Monaghan, Jonathan Rhys Myers, Josie Ho beberapa pelakon Malaysia antaranya Shaheizy Sam dan Wan Hanafi Su. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 19-3-2021 01:01 PM
Not bad la..
Quote lavendernovella 19-3-2021 01:02 PM
Tahniah Bront !
Yang lelain tu try lah sebarkan bakat kat luar. Hantarlah vid audition byk2 , mana tau rezeki sangkut. Sayang, ramai berbakat hebat tapi tak kemana.
Quote adila39 19-3-2021 01:13 PM
not bad and good job.
Quote exclusive_vvip 19-3-2021 01:15 PM
oh, sebab omputih ni dtg buat shooting kat malaysia, tu yg dpt berlakon citer omputih tu..kurang sikit la rasa kagum tu..ingatkan dipanggil ke negara omputih sana...ni ala2 Deanna Yusof dulu asyik dok mention berlakon citer Hollywood..pdhal Anna n The King tu shooting kat malaysia..mmg la byk amik pelakon malaysia..pastu xde nyer diorg (Hollywood) panggil DY gi berlakon filem2 lain lepas tu
Quote Aikiko 19-3-2021 01:16 PM
Ini baru betul2 berbakat diangkat dan dipopularkan
Good job bam bront always admired your talent
Dah2 lamelight bakat yang kehausan...mari2 sini pakat komen cover pasal kerjaya bukan gosip semata
Quote Solero 19-3-2021 01:19 PM
Tahniah  Bront
Quote exclusive_vvip 19-3-2021 01:21 PM
btw, harap2 lepas ni jgn pulak Bront fefeeling retis gred A+++ pulak sbb dpt berlakon citer omputih..skrg pun dok fefeeling retis gred A..dok merungut psl industri..pdahal aritu iols tgk dia berlakon filem indon yg dgn BCL tu, dia watak bodoh je pun..sanggup plak terima..mementang la citer luar negara..sanggup je..kat negara sendiri, mengada sbb fefeeling gred A..citer omputih ni pun, ntah ok ntah tak..lantaklah org nak kecam pendapat iols pun..i mmg kurang sikit dgn Bront ni sejak 2 menjak ni,pastu tgk dia sudi bwk watak biasa2 je dlm citer indon tu, lagi la i rasa krik krik
Quote She-Ra 19-3-2021 01:23 PM
haaaa ini baru dinamakan artis selebriti
bkn tibaiunta
Quote evlinne 19-3-2021 01:41 PM
exclusive_vvip replied at 19-3-2021 01:21 PM
btw, harap2 lepas ni jgn pulak Bront fefeeling retis gred A+++ pulak sbb dpt berlakon citer omputih. ...

Ai setujukkk. Camtu sam dgn wan hanafi su pun hebatlah kalau betul featured dlm holiwud movie
Pernah terserempak dgn heols kat luar, aiol kerling je heols
Xde aura punnnn
Quote makadek 19-3-2021 01:45 PM
Aku minat dia wor
Quote Cieejiee 19-3-2021 02:48 PM
Congrats...
Quote bruberry88 19-3-2021 02:52 PM
ini baru di namakan artist berprestij tinggi.. well done for not taking shit from anybody
Quote bintangct 19-3-2021 02:55 PM
tahniah bront
tp muka dia mcm xsesuai je watak raja melayu sb muka dia tak melayu mana pun
Quote royaldanish 19-3-2021 03:08 PM
tahniah bront
Quote user.name 19-3-2021 09:51 PM
ko tengok ni remilah? tak payah pon nak berdrama dapat offer lah kena tolak tawaran lah kena seksi lah isu tuntutan agama bagai tehtapp boleh mendunia? kau pulak tetap lah sendu di bucu katil?
Quote rajamoney 19-3-2021 09:58 PM
habis forumer shalom pertikai fakta sejarah bekait filem ni nnti

Quote mbhcsf 19-3-2021 10:33 PM
well done

i hope mesej tersurat tresirat yg disampaikan menepati perjalanan sejarah dari kacamata yg adil dari perspektif pribumi dijajah dan penjajah.

tahianh kepada beliau.
Quote Suchi 19-3-2021 10:37 PM
Bront study pasal pilem dulu kat mana ye?
Dulu2 dia berlakon dlm pilem Mamat Khalid dlm cite Man laksa jd pemain muzik atas pentas tu.
Pastu pestime tgk dia berlakon kt drama tv cite yg konon dia ni hanyut kat laut sbb tsunami ke apatah berlakon ngn arwah Ary malik kot.
Quote ashcroft86 19-3-2021 10:42 PM
Good job Bront! Tahniah. Yang dok canang xkagum, bawak watak bodoh tu, well, he has to start somewhere kan? This the beginning untuk heols melangkah jauh lagi. A-listers Hollywood pon start somewhere. Kalau la sesenang mcm acik forumer ckp tu, dah A-listers semua orang. Tony Jaa, Iko Uwais, Joe Taslim pon start somewhere. Acik forumer bodoh asyik tahu mengecam je khueen. A bit of appreciation tak salah kan.

Lihat semua komen(72)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.045339 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top