CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dilanggar SUV, Budak Lima Tahun Maut Ketika Berbasikal

22-3-2021 09:06 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4178| Komen: 30

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika berbasikal di hadapan rumahnya di Kampung Tok Sani, Butterworth di sini hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, mangsa mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku ketika seorang wanita berusia 32 tahun yang memandu SUV jenis Toyota Fortuner keluar dari rumahnya menuju ke Madrasah Gelugor Bagan Lalang.

Foto: Kosmo

“Apabila membelok ke kiri selepas halaman rumahnya, secara tiba-tiba pemandu terdengar bunyi dentuman sebelum memberhentikan kenderaannya.


“Wanita itu mendapati dia terlanggar seorang budak penunggang basikal dari arah kiri jalan di hadapan halaman rumahnya,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, pemandu berkenaan segera membawa mangsa ke HSJ sejurus kemalangan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.05 petang akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote najib888 22-3-2021 01:01 AM
Inilah situasi yang aku paling risau.. kat lorong masuk ke rumah aku, petang2 ramai sangat budak2 dok main basikal, main lari2 kat atas jalan & tepi jalan. Kadang tu, main lari je keluar ke tengah jalan bila ada yg mengejar tanpa menoleh kiri kanan..

Innalillah untuk anak ni.. dah sebaya anak aku..
Quote Jitu 22-3-2021 01:19 AM
Innalillah...

mcm mana boleh tak perasan ada budak naik basikal
tengok simpang pun takdalah menda2 yg menghalang penglihatan
klu kat rumah aku ni ye penuh tanam pokok2 sampai nak keluar simpang pun tak nampak jelas




Quote anarina 22-3-2021 01:56 AM
Pasang dashcam. Pasang dashcam. Tu je nak pesan zaman skrg ni.
Quote any42 22-3-2021 02:28 AM
5 tahun kecik kot lg dibiar main sorang2 kt jln laluan kenderaan lalu lalang. dpn rumah sklipun ttap la dilaluan knderaan bleh lalu yg mna klau mngsa xbrada dkdudukan blind spot sklipun ttap la ssah nk nmpak ade bdk kecik kt laluan lg2 yg melanggar pkai suv.
takziah. semoga jd peringatan.
Quote cap_ayam 22-3-2021 04:01 AM
Edited by cap_ayam at 22-3-2021 04:04 AM

blind spot?

pemandu kena extra peka. Petang2 waktu budak main. Umur 5 tahun masih perlu pengawasan orang dewasa lebih2 lagi main depan rumah dan di jalan raya.
Quote dudaberhias 22-3-2021 04:04 AM
blindspot la tu nak2 pakai kereta tinggi...
ingat lagi yang orang kata 4WD bawak laju... rupanya keta tu bawak slow jer... tapi budak2 paham2 ler deorang pun bukan tahu apa, tiba2 keluar dari rumah lintas depan keta, mak bapak budak tu la yang salah. ko biar anak ko main kat luar tak pantau dah kenapa... kalau besar umur 12 tu ok lagi... ni 5 tahun sah2 basikal pun kecik tak nampak...
Quote noor2 22-3-2021 05:39 AM
Kalau tengok lokasi kejadian dan keadaan jln....orang yg bawa kereta x sesuai bawa laju2...dan kena bawa hati2 sebab ni kawasan perumahan. Bukan jalan utama ni...bawa 20km/j ke bawah yg sesuai...
Quote sukacactus 22-3-2021 05:47 AM
Igt lg masa baru2 dapat lesen dl, naik kete dgn kwn2 sebaya yg baru abis spm
Kete tgh jln ni, mmg slow pun dah kaw perumahan
Tiba2 ada  budak naik beskal kat depan
Actually dia yg langgar kete kami
Sekejap je dah dok bwh tayar...mujur xarwah budak tu
Quote Buritan 22-3-2021 06:33 AM
najib888 replied at 22-3-2021 01:01 AM
Inilah situasi yang aku paling risau.. kat lorong masuk ke rumah aku, petang2 ramai sangat budak2 do ...

Satu lg tak nmpk.. depa rendah.. kalo belah titik bute tuu mmg tak nmpk
Quote Buritan 22-3-2021 06:34 AM
Jitu replied at 22-3-2021 01:19 AM
Innalillah...

mcm mana boleh tak perasan ada budak naik basikal

Adekala titik buta sis.. kalo budak tuu side penumpang belah kiri haram aku nmpk.. lagi lagi naik toka tinggi dan gemuk like a hilux
Quote Buritan 22-3-2021 06:37 AM
cap_ayam replied at 22-3-2021 04:01 AM
blind spot?

pemandu kena extra peka. Petang2 waktu budak main. Umur 5 tahun masih perlu pengawas ...

Laki aku hari tuu lg best.  Mmg bawak slow ptg ptg.. tup tup gedegang.. budak main beskal pi langgo pintu kete.. marah laki aku bawak slow.. depa nak cepat.. pi taman.. koh koh
Quote alieyrina 22-3-2021 08:45 AM
Aku pun risau. Tmn aku pprt stail. org letak kereta kiri kanan pastu selisih memg x dapat la. Budak2 main basikal pulak mkn jalan. Memg kena slow. Kalau x gesel dgn anak org. Haihh
Quote belacan_gurl 22-3-2021 08:46 AM
anarina replied at 22-3-2021 01:56 AM
Pasang dashcam. Pasang dashcam. Tu je nak pesan zaman skrg ni.

Yup...btoi tu... supaya ada bukti
Quote umbut 22-3-2021 08:48 AM
Kawasan perumahan tolong jgn bawak laju laju.. kdg2 banyak budak main2. Dah tu diorang nak main mana.. aku geram betul kalau kereta bawak laju2 dlm kawasan perumahan.. kalo budak2 kecil macam ni kena ada org jaga.
Quote najib888 22-3-2021 08:59 AM
Sembang pasai blind spot, aku rasa ramai yg tak cakna macamana nak laraskan side mirror kereta utk minimum kan blind spot. Ada tu, cermin sisi dilaraskan terlalu ke luar atau terlebih ke dalam (nampak body kereta). Patutnya, ekjas je ngam2 lepas nampak body kereta, selepas dah ekjas kedudukan seat..
Kalau pelarasan betul,  insyaallah blind spot dapat dikurangkan. Kereta ni, kat hujung2 cermin sisi tu direka lebih cembung berbanding  permukaan tengah. Lagi satu, kalau nak tukar cermin tengah atau sisi, lebih baik cari yg original. Sebabnya, yg aftermarket ni, kadar cembung & cekung kadang kala tu tak sama. Depth of field tu betul2 mengganggu..
Quote hareeeesah 22-3-2021 09:23 AM
Kes macam ni jangan la nak salahkan driver tu saje. budak ni takde ke orang tengok main kat luar sorang ke? Haritu aku pegi mall mak sibuk tengok fon, bapak pulak muka ketat, anak tu dia biar jalan sorang kat belakang cross jalan pulak tu. Pastu dah nampak kereta nak lalu pun sikit tak pegang anak tu bodoh punya parents..
Quote Nnasda53 22-3-2021 09:36 AM
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.

Quote gujiwa 22-3-2021 09:46 AM
Jitu replied at 22-3-2021 01:19 AM
Innalillah...

mcm mana boleh tak perasan ada budak naik basikal

blind spot pun ye juga, kat umah iols ni.. sehabis slow dah.. datang yang bawak beskal kecik2x ni.. dia yang sondol kita.. aku jegilkan je mata.
ibu bapa takde pun,  nak harapkan akak or abang jaga budak2x nama nye.. mana la nak ada pikiran sama.
Quote gujiwa 22-3-2021 09:50 AM
hareeeesah replied at 22-3-2021 09:23 AM
Kes macam ni jangan la nak salahkan driver tu saje. budak ni takde ke orang tengok main kat luar sor ...

smlm iols pi joging. ada budak2x tu lari tak ingat dunia.. yang best nye mak ayah dia dating berdua kat blakang.. mujur ada motor tu brek.
melenggang lagi mak ayah dia..
aku dari jauh dah nak menjerit dah.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.123378 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top