Seorang wanita dihalang daripada mengikat tiub Fallopian dalam badannya oleh seorang doktor lelaki atas alasan ‘wanita tidak boleh membuat keputusan itu tanpa lelaki’, lapor akhbar Daily Mirror.
Pendedahan pengalaman yang dialami oleh Sarah-Jo Baskin, 37, itu dikongsikan dalam video di TikTok yang disifatkan sebagai perkara paling seksis yang pernah diucapkan oleh seorang lelaki kepadanya. “Selepas melahirkan anak kedua ketika saya berumur 27 tahun, saya memberitahu seorang doktor lelaki tentang hasrat saya untuk mengikat tiub Fallopian. “Saya tidak mahu mempunyai anak lagi kerana terlalu trauma dengan proses bersalin yang hampir meragut nyawa saya dan bayi,” cerita ibu kepada tiga anak itu dalam video tersebut. Tambahnya, doktor tersebut kemudiannya memberitahu bahawa dia enggan melakukan prosedur tersebut atas alasan Baskin belum berkahwin. “Saya rasa lebih baik jika keputusan itu dibuat secara bersama oleh lelaki dan wanita, saya tidak rasa awak patut buat keputusan itu seorang diri.
“Saya tidak akan mengikat tiub Fallopian awak. Saya tidak rasa seorang perempuan patut membuat keputusan itu,” kata doktor tersebut seperti yang diceritakan Baskin. Video yang dikongsikan Baskin itu menjadi tular dan ditonton lebih sejuta kali oleh pengguna dengan ribuan komen dan tanda suka. Selain ada yang menyokong tindakan doktor itu, terdapat juga yang mempersoalkan adakah dia (doktor) akan bertanya soalan yang sama jika pesakit lelaki ingin melakukan vasektomi. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT