Penyanyi Andi Bernadee, 30, terkilan apabila tiba-tiba dikaitkan dengan isu mempersenda Orang Kelainan Upaya (OKU) selepas kontroversi video penyanyi Baby Shima berbuat demikian, semalam.
Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile menerima kecaman menerusi videonya yang dimuat naik baru-baru ini walaupun ia tiada kaitan mengenai OKU. Penyanyi lagu Satu Peluang itu berkata, dia sendiri tidak tergamak untuk mempersenda golongan OKU. "Ketika saya muat naik video itu, ia langsung tiada kena-mengena dengan video Baby Shima itu. Saya boleh bezakan mana yang baik dan mana yang tak elok. "Memang saya buat video itu sekadar suka-suka. Ruangan komen saya ketika itu pun langsung tak ada sesiapa timbulkan isu mempersenda golongan OKU hinggalah Baby Shima memuat naik video mengenai tokoh OKU, Zhariff Affandi itu. Isi kandungan sama, cuma dia tambah video Zhariff dan ia sudah jadi lain. Saya pun bila tengok video itu jadi marah," katanya.
Menurut Andi, tidak mungkin dia akan hasilkan video itu sekiranya dapat tahu awal mengenai video Baby Shima itu. Andi berkata, dia sangat menghormati golongan OKU dan pernah menyantuni sendiri golongan itu sebelum ini.
|
dudaberhias replied at 31-3-2021 11:22 AM
trying soo hard sangat dia ni nak nampak hensem...
tu pun ada yang tergamak ambil dia ni sebagai he ...
ADVERTISEMENT