Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan mengarahkan hukuman mati ke atas seorang pegawai tertinggi di kementerian pendidikan tinggi selepas gagal mengadakan panggilan video mencukupi dan sering mengeluh dengan bebanan kerja.
NY Post melaporkan, pegawai berkenaan juga dikatakan tidak berpuas hati dengan kerajaan kerana tidak menyalurkan sumber dan bantuan mencukupi untuk menggerakkan kerja. Pegawai dikenali sebagai Park berusia 50-an itu dilantik sebagai pengerusi suruhanjaya tidak tetap kementerian pendidikan tinggi yang dibentuk pada Jun tahun lalu bagi melaksanakan Akta Pendidikan Jarak Jauh, lapor Daily NK. Tetapi, penyelidikan oleh Jabatan Organisasi dan Bimbingan terhadap suruhanjaya itu menunjukkan bahawa Park gagal mencapai kemajuan nyata dalam menentukan hala tuju pembelajaran jarak jauh di negara ini. Malah, ahli jawatankuasa suruhanjaya hanya berkumpul untuk mengkritik pemerintah, menurut pejabat berita yang berpusat di Korea Selatan.
Park dilaporkan mengeluh kepada pegawai atasannya yang memberitahunya supaya diam dan jalankan saja tugas diberi. Namun, Park dilaporkan terus meluahkan rasa tidak puas hatinya. "Saya tidak faham mengapa (kerajaan) memilih untuk melaksanakan akta ini, menubuhkan suruhanjaya ini dan memanggil profesor yang sibuk dari tugas universiti mereka sedangkan mereka tidak memberi sebarang sumber. "Walaupun kita memberi cadangan, mereka hanya memberitahu supaya kita menutup mulut. "Jadi kita hanya berkumpul dan kemudian pulang ke rumah masing-masing," kata Park kepada anggota suruhanjaya. Suruhanjaya berkenaan terdiri daripada kira-kira 20 profesor yang mengadakan mesyuarat mingguan. Siasatan dijalankan selepas Presiden Universiti Kim Il Sung, Ri Guk Chol kemudian mengetahui mengenai komen Park dan melaporkannya kepada jawatankuasa pusat. Sementara itu, Mirror melaporkan Ri Guk Chol kini menerajui suruhanjaya berkenaan dan antara langkah awal yang diambil adalah untuk mengadakan persidangan video dengan lebih kerap. Sumber: Harian Metro
|
meteorspeed replied at 13-4-2021 05:56 AM
Teruk betul, kepimpinan dia, nie.. Bunuh bunuh jer keje nyer
highcastle replied at 13-4-2021 06:29 AM
Itu pun ramai yang kat atas ni bangga sampai ada yg mintak memerintah Malaysia.. Main bunuh suka h ...
tripleid replied at 13-4-2021 09:08 AM
menteri yg tido masa majlis konvo tu dah selamat jadi arwah kalo dok korea utara
cambaik replied at 13-4-2021 09:26 AM
Yang ni ajeselamat kalau tidur
noor2: Moga Kim Jong-un memerintah Malaysia... elok semua pemimpin yg korup di tembak mati dan yg menyeleweng kerja dan kebajikan pada rakyat
ADVERTISEMENT