CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukan Nak Mengaibkan. Roslan Shah Kecewa Segelintir Muslim Di Singapura Tak Puasa

15-4-2021 05:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6493| Komen: 22

Pelakon dan juga pengacara Roslan Shah meluahkan rasa kesal dengan sikap segelintir umat Islam di Singapura kerana tanpa rasa bersalah tidak berpuasa di tempat awam pada bulan Ramadan.


Kredit foto: IG Roslan

Menerusi satu hantaran di Instagramnya, selebriti kelahiran Kota Singa itu mendakwa, kejadian berlaku ketika dia keluar untuk membeli juadah berbuka puasa semalam.

Ujarnya lagi, individu yang tidak berpuasa sewajarnya harus lebih peka dan sensitif dengan masyarakat, bukannya berbangga kerana tidak berpuasa.



“Nak makan atau merokok kenalah sorok-sorok dan jangan bagi nampak pada orang awam. Apabila saya tengok, dengan rasa bangga merokok dan makan dengan selambanya.


“Bulan Ramadan setahun sekali bukannya setiap hari. Saya pun tak sempurna mana pun. Kalau saya tidak berpuasa saya akan makan di bilik sendirian sahaja sebab ahli keluarga berpuasa. Saya kena menghormati orang yang berpuasa,” kata selebriti yang mendapat gelaran Sudirman Singapura itu.



Dalam hantaran berkenaan juga, Roslan turut memohon maaf kepada sesiapa yang terasa dengan teguran tersebut.



Sejak dunia dilanda pandemik Covid-19, Roslan yang sebelum ini kerap berulang-alik antara Malaysia-Singapura atas urusan kerja telah beralih ke bidang perniagaan makanan dengan mengusahakan gerai menjual pelbagai aneka rojak di Kedai Kopi Al-Ikhlas, 60 Lorong 101 Changi, Singapura sejak Julai 2020. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 14-4-2021 04:31 PM
entah-entah boyan bukan muslim..
nama pun singapore..
Quote Skuau 14-4-2021 05:57 PM
kalo berdasarkan rupa jer...kang tersilap...KALAU kat Msia ni..mcm2 orng ada.
Quote sharlenetexas 14-4-2021 08:15 PM
Melayu kristian singapore kot cik lan.

Quote dejure 15-4-2021 01:23 AM
Alah cik lan melayu sana pon slumber je bertatu apa ntah lg puasa..tp bila bulan puasa ni teringat pula kat kisah sorang artis malaysia ni asal bulan ramadhan je g oversea alasan konon nk jumpa ank tiri yg cuti time sana.
Quote adlynnz 15-4-2021 05:17 AM
prettyuglybabe replied at 14-4-2021 04:31 PM
entah-entah boyan bukan muslim..
nama pun singapore..

Mak saya boyan tapi seluruh keturunannya Islam
Quote piao 15-4-2021 09:38 AM
xda boyan nak komen2 sikit ke?
Quote Adrif 15-4-2021 12:08 PM
aku pun kalau nampak, husnuzon aje le..
orang tu uzur syar'ie gamaknye.. kalau puasa, bahaya kepada kesihatan diri.
agaknye la..

nak pikior benda baik-baik ja bulan ni
Quote BicaraHatiku 15-4-2021 12:30 PM
Kalau kt KL yg muka melayu...tpi tu filipino, tak pun sabahan atau nepal.  
Quote Johi 15-4-2021 01:56 PM
Yg tak berpuasa  diam2 dahlah ok je,mungkin ada kesusahan sendiri,ni yg bertatoo siap berbangga pula,tenggolk drama Hokkien Taiwan petang2 tu dia orang pun tak suka orang bertatoo, gangster katanya
Quote dudaberhias 15-4-2021 02:00 PM
Lantakkan je lah, macam la deorang praktikkan agama islam pun kalau dah sah2 bulan ramadhan pun tak puasa choiiii. Anggap je tu melayu hindu-buddha zaman sriwijaya agittew. Mungkin sisa2 anak cucu cicit parameswara
Quote Plain-tif 15-4-2021 02:52 PM
Biarkanlah dia. Kan Allah dah berfirman “Sesungguhnya puasa itu milik Aku (Allah) dan akulah yang akan membalasnya”
Quote batmana 15-4-2021 03:30 PM
org islam wajib tegur, tu kewajipan..klu hal kecik2 dh tk brani tego, makin lama melarat benda besar, dh tkde sapa tego.
kt sg takdenya jais nk serbu tangkap, psl kerajaan sekular, sbb tu org islam wajib ada gomen biar tertegak  agama
Quote mohdcrow 15-4-2021 03:56 PM
Tegur kat ig? Harap2 semua orang sg follow dia la....
Quote ezacbee 15-4-2021 04:49 PM
Suruh MUIS tegur laa.
Quote Madel 15-4-2021 04:58 PM
Singapore ke?
Apa nak heran nya pun... duduk serumah pun tak ada siapa nak larang.
Housemate abg aku mat salleh baya abah2 dah, gf dia melayu..selamba derk aje duduk serumah manjang pakai short pants aje..
Company nya apartment lak tu.
Walau gitu, depa baik la..sambut birthday abg aku, bln puasa ni mak kakak tu siap masak kan lauk bebuka n sahur abg aku..sebelum ramadan aritu open table masakkan cili crab..perghhh terliur aje aku.

Iya la bab maksiat halal haram ke apa, tu antara depa dgn Allah la kan
Quote LadyCarefree 15-4-2021 06:25 PM
Biar je lah siapa nk puasa ke xnak puasa.
Quote kucim 15-4-2021 10:47 PM
Sesungguhnya kamu tidak menanggung perbuatan org lain.
Quote dua_chzy 15-4-2021 11:48 PM
Edited by dua_chzy at 15-4-2021 11:50 PM
Madel replied at 15-4-2021 04:58 PM
Singapore ke?
Apa nak heran nya pun... duduk serumah pun tak ada siapa nak larang.
Housemate abg a ...


Ini (i.e. bersekedudukan) dekat Malaysia pun berlambak. Ntah2 Melayu forom ni pun buat. Zaman ai study almost 20 years ago, coursemates (yes, plural) Melayu ai, ngan senior Melayu, dah buat. Inikan tahun 2021.
Quote dua_chzy 15-4-2021 11:49 PM
Akak heran korang judgmental dengan Melayu Singapur.

Sadarkah ngkau orang Melayu Malaysia ni takda la alim sangat?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.127187 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top