CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Asmidar Ketakutan, Trauma Tengok Khemah Terbang

15-4-2021 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3566| Komen: 16

Penyanyi Asmidar berkongsi detik cemas apabila tapak bazar Ramadan tempatnya dan keluarga berniaga di Wangsa Maju, di sini, dilanda ribut, petang semalam.

Menceritakan kembali kejadian itu, penyanyi yang popular menerusi lagu Biar Sampai Ke Bintang itu mengakui, dirinya ketakutan apabila ribut turut memusnahkan makanan yang dijual peniaga di bazar berkenaan.


Foto: IG

"Segala-galanya berlaku dengan pantas. Hujan dan ribut yang kuat menyebabkan banyak khemah peniaga terbang. Mujur ketika kejadian, ada ayah, emak dan abang membantu menyelamatkan gerai.

"Kasihan melihat mereka yang berniaga seorang diri. Mana nak pegang khemah dan nak pastikan barangan jualan selamat. Akibat kejadian ini, ada gerai yang terpaksa menghentikan perniagaan lebih awal apabila makanan yang dijual rosak dan jatuh ke tanah, selain khemah terbang," katanya kepada BH Online.


Meskipun menerbitkan perasaan trauma, bekas juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa musim pertama itu reda dengan apa yang berlaku.



"Bayangkan hari pertama berniaga berdepan dengan situasi mencemaskan ini. Tentunya saya sedikit trauma. Apapun, saya reda dan anggap ini adalah dugaan Ramadan.

"Nasib baik makanan yang dijual selamat dan bolehlah meneruskan perniagaan. Saya berdoa semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi hari ini," katanya yang berniaga murtabak dan sambal ikan bilis.

Dalam perkembangan lain, Asmidar atau nama sebenarnya, Norhasmidar Ahmad meluahkan rasa teruja apabila single terbaharu yang menyaksikannya bergandingan dengan penyanyi baharu, Nami Harez sedang rancak berkumandang di kaca televisyen.



Single berjudul Kan Ada Setia hasil ciptaan Nami Harez dan Sharon Paul itu terpilih sebagai lagu runut bunyi drama bersiri,

"Sebelum ini, Nami pernah cuba berduet dengan penyanyi lain, tetapi tak sesuai. Nama saya dicadangkan oleh Sharon dan mungkin menjadi rezeki saya. Selepas mencuba, nyata vokal kami sangat serasi.



"Ada kemungkinan kami akan bergandingan sekali lagi. Kali ini, saya dan Nami akan merakamkan lagu raya yang pernah popular suatu ketika dahulu," ujar penyanyi berusia 35 tahun itu. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote riyadhK 15-4-2021 01:47 PM
Untunglah sempat rakam boleh post kat ig
Quote Thunderclouds 15-4-2021 01:52 PM
Dalam keadaan mcm tuh sempat lg record up masok ig
Quote Cik_jantung 15-4-2021 01:53 PM
kesian kan kat peniaga sbb skrg musim hujan pakej ribut guruh di petang hari...

tp bila pikir makanan yg selalu tak sedap dan harga yahud... hmmm
Quote fadz84 15-4-2021 02:12 PM
Thunderclouds replied at 15-4-2021 01:52 PM
Dalam keadaan mcm tuh sempat lg record up masok ig

Kannnn.. time terdesak cmtu xde dh Igt nk capai phone bagai..
Quote Belibis 15-4-2021 03:07 PM
Asmidar ali setan mana pulak nihhhhh???
Quote sukacactus 15-4-2021 03:30 PM
Eh br smlm tgk youtube lagu lama dia sampai bintang tu
Itu je la kot lagu dia yg popular
Quote tokchik 15-4-2021 03:45 PM
Dia ni dulu masa Di liga dangdut kt tv Indonesia

Dipuja
Tetapi tk lpas ke final
Quote giyomi 15-4-2021 06:49 PM
so...so...soooo...nak nempel sekadar tuk tunjuk masih ujud ker apa. btw who r yusss
Quote mamajawie 15-4-2021 07:53 PM
Dia ni sayang nak kata takde bakat, lagu Biar Sampai ke Bintang sedap kot smpai aku mnangis tiap kali dgar lagu tu..sdih sgt tpi tu la dia ni tak mendonia padahal suara sejuta kali lagi sedap dari ciknab chipmunk tu
Quote Thunderclouds 15-4-2021 08:23 PM
fadz84 replied at 15-4-2021 02:12 PM
Kannnn.. time terdesak cmtu xde dh Igt nk capai phone bagai..

Kalo i kt tpt dia dlm kepala sedih mngenang brg bjual semata2. Xdan nk merempan kt socmed
Quote Thunderclouds 15-4-2021 08:29 PM
Cik_jantung replied at 15-4-2021 01:53 PM
kesian kan kat peniaga sbb skrg musim hujan pakej ribut guruh di petang hari...

tp bila pikir ma ...

Kaka, kt kt umah i niiiii roti jala seketui 50sen kuah kari kosong,air laicikang 1 cup besaq isi bubur kacang/pulut hitam tu rm8!! Skali tu ja la p param. Padan patut hr2 hujan ribut.
Quote kiah_mai_pulak 15-4-2021 08:32 PM
sian dia ni.  tkda aura tkda luck. suara not bad.  tp x leh g jauh.  
Quote salmon-suki 15-4-2021 09:39 PM
Sorry...ai xkenal dia ni .whoissheeeee
Quote ikanmasin 16-4-2021 02:19 AM
kalau akk lah tak sempat fikir nak rakam2 ni..selamatkan dl semua brg tu..
Quote Cik_jantung 16-4-2021 05:48 AM
Thunderclouds replied at 15-4-2021 08:29 PM
Kaka, kt kt umah i niiiii roti jala seketui 50sen kuah kari kosong,air laicikang 1 cup besaq isi b ...

Ya ampunnnn gi haji balik hari la tuuu.. sbnrnya kos roti jala bukan besar pun. Sekilo tepung baru 3 ringgit. Setalam dapat roti jala. Yihhh
Quote doubleA 16-4-2021 06:09 AM
Kesiannya peniaga yg barang niaga rosak dan khemah runtuh dek hujan tu. iols tak p bazar ramadhan tahun ni, malas beramai2 makanan biasa2 je. Kalau tapau makanan pn beli dari kedai atau panda, koser nak beramai2 di bazar

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.113059 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top