CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Puji Tindakan Geng Bersatu Tumpaskan Pencuri Honda City

16-4-2021 12:18 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 4444| Komen: 19|Original author: Oleh: rikuren

Kredit foto: Facebook Kokong Yee via The Vocket


Pencuri zaman sekarang berani membuat onar di siang hari walaupun di tempat terbuka. 

Terbaru, tular pula rakaman video dashcam menunjukkan sebuah Honda City dibawa lari ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat kawasan Sri Petaling, Kuala Lumpur.


Loading FB Post...

Insiden disedari beberapa pengguna jalan raya lain dan mereka bekerjasama mengejar pencuri tersebut dan membantu pemiliknya mendapatkan semula kenderaan itu. Sekurang-kurangnya empat kereta dilaporkan mengepung kereta berkenaan. 

Netizen memuji tindakan pengguna jalan raya lain itu yang sanggup merisikokan kenderaan dan diri mereka bagi menangkap pencuri terbabit.

Malah, mereka menyuarakan rasa kagum dengan keberanian ditunjukkan lelaki yang merakam video kejadian kerana dapat menumpaskan pencuri kereta dengan mudah tanpa sebarang pergaduhan.

Golongan wanita dan mereka yang memiliki kenderaan mewah perlu lebih berhati-hati kerana penjenayah lazimnya mensasarkan dua golongan ini untuk menjadi mangsa samun di lampu isyarat.

Sentiasa berwaspada ya! - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 16-4-2021 12:25 PM
Mana bideonya???
Quote sarah82 16-4-2021 12:44 PM
Paling aku risau masa tgk tadi.. Takut cina yg tarik penjenayah keluar dari kereta kena tikam dgn penjenayah...
Quote Adrif 16-4-2021 01:01 PM
sarah82 replied at 16-4-2021 12:44 PM
Paling aku risau masa tgk tadi.. Takut cina yg tarik penjenayah keluar dari kereta kena tikam dgn pe ...

itu la. dah la keding, haluih

kalau penjenayah tu bersenjata satu hal, kalau penjenayah tu melawan balik, naya je kena lipat.

tapi alhamdulillah takda benda buruk jadi
Quote sarah82 16-4-2021 01:10 PM
Adrif replied at 16-4-2021 01:01 PM
itu la. dah la keding, haluih

kalau penjenayah tu bersenjata satu hal, kalau penjenayah tu mela ...

Betul..aku dok dup dap dup dap.. Jgn la penjenayah tu apa2 akan cina tu.. Mujur la dia selamat.
Quote Rara77 16-4-2021 01:25 PM
video mana video
Quote freesia71 16-4-2021 02:32 PM
Apa jadi kat driver keta tu? pencuri tu tarik kluar ke?
Quote uda 16-4-2021 02:57 PM
freesia71 replied at 16-4-2021 02:32 PM
Apa jadi kat driver keta tu? pencuri tu tarik kluar ke?

Dalam video lain, driver prempuan tu datang naik kereta lain dengan sorang melayu.
Maybe dia kena tolak keluar.
Quote tagas 16-4-2021 03:09 PM
Mcm bodo2 alang jer pencurik nya

Tak lari trus serah diri
Quote batmana 16-4-2021 04:03 PM
pehal plak kete honda senang2 org bukak lock kete terus tarik keluar

ni kete honda ke kete lembu?
Quote Boomibulat 16-4-2021 04:11 PM
Baiknya Bersatu..
Quote Artemesiaa 16-4-2021 04:14 PM
Makin ramai orang awam yang nak bantu bila ada berlakukanya dikes jenayah depan mata.  Mungkin sebab masing2 geram kalau lambat bertidak pasti kes akan terus berulang.
Quote Belibis 16-4-2021 04:43 PM
tagas replied at 16-4-2021 03:09 PM
Mcm bodo2 alang jer pencurik nya

Tak lari trus serah diri

Tu laaa..aku hampir2 anggap ni drama budak2 tiktok.terlalu sopan untuk menjadi seorang pencuri kereta.
Quote talia 16-4-2021 07:59 PM
Bagus nya semua bersepakat & cepat bertindak. Nasib baik penjenayah tu takde senjata

Yg selalu jadi org yg ada di tempt kejadian tumpang tgk jer takpun rekod
Quote natrahn 16-4-2021 08:31 PM
Belibis: Mana bideonya???

boleh klik kat tulisan rakaman video dashcam
Quote abadi84 16-4-2021 10:25 PM
Apasal pencuri tak lari ehh..mcm sempat kalau nak lari lps kuar dr kete tu. Mintak dibelasah ker hape
Quote abadi84 16-4-2021 10:25 PM
Apasal pencuri tak lari ehh..mcm sempat kalau nak lari lps kuar dr kete tu. Mintak dibelasah ker hape
Quote ikankering82 16-4-2021 10:29 PM
Patut di jadikan iktibar untuk tolong menolong.
bersatu tolong menolong rakan rakan sekalian, banyak orang kalau kejadian begini belaku selalu buat bodoh.
Quote LadyCarefree 16-4-2021 10:34 PM
Belibis replied at 16-4-2021 03:43 PM
Tu laaa..aku hampir2 anggap ni drama budak2 tiktok.terlalu sopan untuk menjadi seorang pencuri ker ...

Harapnya bukan demi konten
Quote ikanmasin 16-4-2021 10:48 PM
nsb baik lah pencuri tu takde bw senjata merbahaya..risau mencederakan lelaki cina tu jg..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.180094 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top