CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Agamawan Kesal Babak Dalam ‘Puasa 18 Di Kampong Pisang’ Ditayangkan Undang Fitnah Besar

23-4-2021 10:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19171| Komen: 127

Beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu daripada rukun iman. Justeru, wajib ke atas kita untuk beriman atau mempercayai mengenainya.

Akan tetapi, Allah menyembunyikan saat atau waktu akan berlakunya Kiamat sebagaimana yang disebutkan di dalam firmanNya di dalam Surah Taha ayat 15: Sesungguhnya hari Kiamat itu tetap akan datang (yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya) supaya tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang dia usahakan.


Baru-baru ini terdapat sebuah filem berjudul Puasa 18 di Kampong Pisang yang menyediakan skrip dengan aksi lakonan menggambarkan di dalam neraka. Tujuannya adalah untuk memberitahu bagaimana mereka diseksa kerana melanggar perintah Allah.

Akan tetapi, timbul satu persoalan mengenai hukum mewujudkan adegan tersebut.

Foto: mStar Online


Para alim ulama menegaskan bahawa tidak seharusnya seseorang melakonkan perihal syurga dan neraka. Ini kerana keadaan di dalamnya tidak sama dengan apa yang digambarkan oleh kita.

Firman Allah di dalam Surah As-Sajadah ayat 17: Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang telah mereka kerjakan.

Ia seakan-akan menjadi sesuatu yang normal serta seolah-olah tiada apa yang menjadi kesalahan sedangkan ia adalah sesuatu yang tidak patut dijadikan babak dalam sebuah filem.

Apa yang lebih menyedihkan adalah terdapatnya unsur lawak yang dizahirkan melalui gelak ketawa di dalam neraka dan syaitan pula seakan-akan menjadi pemandu pelancong di dalam neraka sedangkan di dalam neraka hanya seksaan yang akan mereka terima.

Firman Allah di dalam Surah Al-Furqan ayat 65 dan 66: Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka jahanam daripada kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya neraka jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.”

Larangan melakonkan adegan syurga dan neraka adalah kerana:

1. Tidak ada seorang pun dalam kalangan manusia yang tahu keadaan sebenar di dalam syurga atau neraka melainkan Baginda Rasulullah. Oleh yang demikian bagaimana seseorang boleh melakonkan apa yang mereka tidak ketahui.

2. Akan membuka ruang kepada orang yang suka mempersendakan agama dengan mengatakan kalau sebeginilah neraka yang dilakonkan maka tidak menjadi masalah untuk mereka masuk ke dalamnya.

3. Akan hilanglah rasa kegerunan di dalam hati seseorang apabila melihat neraka yang dilakonkan tidak sama seperti yang digambarkan oleh Allah dan Baginda Rasulullah.

Jika kita lihat apa yang berlaku dalam filem tersebut maka apa yang boleh disimpulkan ialah pintu fitnah lebih besar daripada pintu kebaikan yang ingin disampaikan.

Ingatlah pesan Baginda Rasulullah kepada kita, sabda Baginda Rasulullah: Demi Dia yang nyawa Muhammad ada pada tangan-Nya, jika kalian melihat apa yang aku lihat, nescaya kalian akan kurang ketawa, dan banyak menangis. Para sahabat bertanya: Apakah yang kau lihat itu wahai Rasulullah?. Baginda menjawab: Aku melihat syurga dan neraka. - [HR Muslim 426].

Hadis ini menggambarkan kepada kita betapa dahsyatnya neraka yang Allah sediakan kepada mereka yang mengingkari perintah Allah di atas muka bumi sehinggakan para malaikat yang menyiksa manusia dan jin tidak pernah melanggar perintah Allah dan tidak pernah pula senyum. Firman Allah di dalam Surah At-Tahrim ayat 6:

Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala), neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya), mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

Pesan ustaz kepada mereka yang ingin melakukan sesuatu khususnya kepada pembuat filem, rujuklah para ilmuan dalam bidangnya. Supaya apa yang kita lakukan tidak melangkaui batasan yang ditetapkan. Lebih-lebih lagi dalam perkara agama yang perlu dititik beratkan melalui hukum hakam agar tidak terjerumus ke dalam lembah dosa.

Jangan jadikan syurga neraka sebagai bahan lawak jenaka. Ini kerana kedahsyatan hari kiamat tidak dapat digambarkan dek akal fikiran. Kita diminta berdoa kepada Allah agar dijauhkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya. -CARI

Sumber: mStar Online
4

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote taji2906 23-4-2021 11:11 AM
1. Tidak ada seorang pun dalam kalangan manusia yang tahu keadaan sebenar di dalam syurga atau neraka melainkan Baginda Rasulullah. Oleh yang demikian bagaimana seseorang boleh melakonkan apa yang mereka tidak ketahui.


aku rasa kurang tepat sikit sebab Nabi Adam sendiri dari syurga. dan Nabi Idris pernah tgk syurga dan neraka.
Quote notM 23-4-2021 11:14 AM
Tak faham Aku kenape nak bawa2 ugame, syurga neraka, Allah...kulu kilir...Tak boleh ke korang put aside benda tu semua...x perlu nak bawa2

Pelik betollll
Quote Zirara99 23-4-2021 11:17 AM
notM: Tak faham Aku kenape nak bawa2 ugame, syurga neraka, Allah...kulu kilir...Tak boleh ke korang put aside benda tu semua...x perlu nak bawa2 Pelik betol ...


Tengok nama pun dh tahu kenapa kau cakap mcm ni. Aku jelingkan aje lepas baca.
Quote BeskotCekelat 23-4-2021 11:23 AM
Lagi  1 konsep neraka Mamat Khalid ni lebih kepada barat (bible?).
Boleh pulak Syaitan jadi management & tukang seksa orang kat neraka.
Kalau ikut Islam, Malaikat Malik yang jaga & Syaitan kena seksa & bukan sebahagian dari pihak management..
Quote underground 23-4-2021 11:29 AM
taji2906 replied at 23-4-2021 11:11 AM
aku rasa kurang tepat sikit sebab Nabi Adam sendiri dari syurga. dan Nabi Idris pernah tgk syurg ...

dalam konteks umat nabi kita..

lagi satu dalam movie tu setan pakai jubah dan serban (hitam)?


memang acuan barat..

lawak dan jalan cerita is ok, funny bagi aku..

Quote underground 23-4-2021 11:30 AM
notM replied at 23-4-2021 11:14 AM
Tak faham Aku kenape nak bawa2 ugame, syurga neraka, Allah...kulu kilir...Tak boleh ke korang put as ...

kafirun macam kau memang hidup nak pisahkan dunia dan akhirat manjang.. moga dapat hidayah.
Quote KIM.K 23-4-2021 11:31 AM
taji2906 replied at 23-4-2021 11:11 AM
aku rasa kurang tepat sikit sebab Nabi Adam sendiri dari syurga. dan Nabi Idris pernah tgk syurg ...

Pun begitu orang biasa tak layak gambarkan syurga neraka. Macam music video Lil Nas "Montero" lak tunjuk syurga neraka
Quote Boomibulat 23-4-2021 11:31 AM
Bukan ke Ust Kazim pun ada blakon..takkan x mntak nasihat barang serangkap dua..
Quote TuntungReturn 23-4-2021 11:33 AM
aku tgk movie ni pun aku terkejut.  siap bleh telepon dlm neraka. setan bawak jalan2.
Quote gujiwa 23-4-2021 11:34 AM
mula2x tgk iols terpikir juga lepas pulak cite gini..

tapi cite ni funny juga tapi ada part ada gak mcm bosan.
Quote bottombikini 23-4-2021 11:37 AM
aku dah agak babak neraka dan setan tu akan jadi isu

ustaz kazim tak kabo ke mike ke MK
Quote Kurex 23-4-2021 11:39 AM
underground replied at 23-4-2021 11:30 AM
kafirun macam kau memang hidup nak pisahkan dunia dan akhirat manjang.. moga dapat hidayah.

NotM aka bugisdomb ni kan mengaku jadi urban. Gayah berkerak. Siap tipu dah kawen. Kawen cara urban ke cara bugis? Ke ikut syarak? Ke fantasi semata? Pompuan indon ke yg dia kawen? Sebab bugis ni anti gila dengan melayu. Ke cari melayu jugak. Tiap kali jena reject dgn gayah melayu, mesti bukak benang meroyan pasal melayu. Dulu guna mn bugisdomb, dalam masa sama guna loveselangor, dalam satu masa ada 3 mn. lepas tu guna mn nanukutu, skrg ni kalau buat artikel guna mn punatbutton. Korang percayalah bapok meroyan ni punya sembang
Quote izwan_izi 23-4-2021 11:48 AM
taji2906 replied at 23-4-2021 11:11 AM
aku rasa kurang tepat sikit sebab Nabi Adam sendiri dari syurga. dan Nabi Idris pernah tgk syurg ...

itu la..Nabi Adam dan Hawa pon pernah duduk dalam syurga...ni semua lebih kepada golongan hollier than thou..

apa masalahnya...nak melakonkan babak mcmtu..sekurang2 nya boleh menimbulkan keinsafan...

agaknya diaorg tak pernah tgk cerita "Little Nicky" lakonan Adam Sandler kut..
Quote Belibis 23-4-2021 12:22 PM
Boomibulat: Bukan ke Ust Kazim pun ada blakon..takkan x mntak nasihat barang serangkap dua..

Kahhhh.sebijik tepat atas dahi..ha ha
Quote NurAlia14 23-4-2021 12:29 PM
Kurex replied at 23-4-2021 11:39 AM
NotM aka bugisdomb ni kan mengaku jadi urban. Gayah berkerak. Siap tipu dah kawen. Kawen cara urba ...

Laaa yeke..die ade bkk thread kt misteri etc psl hntu die ckp dh kawen
Quote hazzy0304 23-4-2021 12:31 PM
dah agak daaahhh ...

mesti jadi isu punya scene yg kat neraka tu ...

tazzabar nk baca jawapan bang MK ..
Quote darkness 23-4-2021 12:33 PM
buat amalan banyak2 seperti yg disuruh sudah..
Quote Kurex 23-4-2021 02:16 PM
NurAlia14 replied at 23-4-2021 12:29 PM
Laaa yeke..die ade bkk thread kt misteri etc psl hntu die ckp dh kawen

Ye, dia pun pernah menyamar jadi jepun. Encik nakamura. Dia tunjuk batu lumut yg dia kutip dekat longkang, tandas dia yg berlumut tu.... Hujung2 rupanya bugis
Quote saviour_09 23-4-2021 03:24 PM
dah agak mesti kecoh

mesti ada reason nye la kenapa dia berani buat

duke pun ada sekali tu, mesti dah tanya opinion ke apa ke

pandai2 la korang

bagi aku ok la kelakar la jugak buat happy2 for family time

dalam masa yg sama boleh ajar anak aku sikit2 apa jadi kalo itu ini, apa balasan kalo itu ini

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.052573 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top