CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sakitnya Masyarakat Kita - Isu Lawak Rogol, Pelajar Berdepan Kecaman Body Shaming Dan Buli Siber Pula

30-4-2021 12:22 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 6240| Komen: 15|Original author: Oleh: Rikuren


Dari isu lawak rogol, kemudian ugutan rogol oleh pelajar seterusnya kini body shaming dan cyberbully

Bapa kepada pelajar Ain Husniza Saiful Nizam, yang mendedahkan mengenai jenaka rogol yang didakwa dibuat oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Kuala Selangor pada Jumaat lalu, berkongsi screenshoot komen-komen jelik berkenaan penampilan anaknya.

Loading FB Post...


Menurut Saiful Nizam, kebanyakan screenshoot diambil dari group Facebook yang ahlinya terdiri daripada para guru. Lihat sendiri betapa 'sakit'nya masyarakat kita.




Kredit foto: Facebook

Jika inilah mentaliti kebanyakan guru yang ada, memang tak hairanlah jika anak-anak kelak makin hancur akhlaknya. Malah ia turut memberi tempias kepada guru-guru lain yang ikhlas mendidik anak bangsa.

Budaya pemikiran segelintir lelaki atau wanita yang merosakkan pemikiran generasi seterusnya sedangkan agama telah ajarkan dan melarang keras ucapan kotor atau lucah. 

Bila Allah dah cabut rasa malu dalam diri, maka melucahlah mereka sepanjang masa, hatta bulan Ramadan sekalipun. 

Mungkin ramai kurang faham tujuan Ain mendedahkan perilaku guru tersebut. Perkara yang ditentang bukan individu, profesion, sekolah atau institusi.

Sebaliknya, ia adalah tingkah laku buruk guru tersebut, yang dapat diubah. -CARI




Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 30-4-2021 01:05 PM
mk tu apa..tak main twitter
Quote natrahn 30-4-2021 01:07 PM
KIM.K replied at 30-4-2021 01:05 PM
mk tu apa..tak main twitter

            Malaysiakini
Quote KIM.K 30-4-2021 01:11 PM

oh thank you.
iols tau isu ni taboo..tapi ayen ni nampak kurang trustworthy. She's enjoying the limelight
Quote renko 30-4-2021 02:15 PM
sakit jiwa perasan diri cool
cmtu la
sakai punya golongan
kau hamsap sgt pun
xyah beriye tunjuk satu dunia
dasar sakit jiwa
Quote bakingsoda 30-4-2021 02:35 PM
isu tu betul dan serius sbb aku sendiri tau sangat rasa rimas geli geleman dgn cikgu miang tak padan dgn tua tapi asal semadang ko duk pomot muka ko dekk, takleh buat dlm tulisan  atau video tanpa nampak mcm percubaan nak marketing diri sendiri jd influencer/ikon?
Quote Ciktiekus 30-4-2021 04:11 PM
Cikgu2 pn pakaian lebih kurang ank murid je skarang..sbb tu cikgu laki naik syeh..nk hrpkn iman yg senipis kulit telor die tu..mmg x ler..
Quote Adrif 30-4-2021 08:12 PM
bakingsoda replied at 30-4-2021 02:35 PM
isu tu betul dan serius sbb aku sendiri tau sangat rasa rimas geli geleman dgn cikgu miang tak padan ...

mula2 kita fikir macam tu jugak. isu ni betul dan parahtapi budak ni pun suka dapat perhatian macam ni.

lepas tu bila fikir balik, dia budak sekolah,
generasi diorang, memang lain gayanya. lain sangat-sangat daripada kita, ini antara cara diorang communicate, sending messages.
ada tu memang all the time video call kawan-kawan.

generasi digital.
kadang2 rasa nak cabut je tiang pencawang rumah ni, bior semua tak dapat line internet. tengok haru-biru deme camane
Quote vee_zara 1-5-2021 07:06 AM
KIM.K: oh thank you. iols tau isu ni taboo..tapi ayen ni nampak kurang trustworthy. She's enjoying the limelight

What da ya expect from Alpha Generation. Diorg ni mmg sukakan perhatian, agak vocal and daring. Tp apa yg dia issued tu betul..
Quote annehuda 1-5-2021 03:14 PM
generasi skrang ni diorg mengamalkan expressive culture. tak puas ati je cakap terus terang. generasi kita-kita dulu baru bukak mulut nak ngadu pasal cikgu gatal, makbapak dah kasi makan penampar dulu. tapi bagusla si ain ni bukak mulut pasal isu ni sbb benda ni dah berlaku dari zaman dulu lg.
Quote kierakirana 2-5-2021 03:19 AM
KIM.K replied at 30-4-2021 01:11 PM
oh thank you.
iols tau isu ni taboo..tapi ayen ni nampak kurang trustworthy. She's enjoying the  ...

aku ingat aku sorang je pikir gini. tambah2 mk yg sensasikan lagi lah payah aku nk husnudzhon. lagi2 bila tgk bapak dia ni beria benor dok up anak..susah aku nk caye
Quote CtMaryam123 2-5-2021 10:36 AM
Edited by CtMaryam123 at 2-5-2021 10:37 AM
annehuda replied at 1-5-2021 03:14 PM
generasi skrang ni diorg mengamalkan expressive culture. tak puas ati je cakap terus terang. generas ...


Betul mod.. paling jijik lelaki melayu islam komen2 lucah tu.. tak ada anak pompuan ker dorang tu? tak faham forumer ckp dia ni tak trustworthy ... hello mcm ko kenal budak ni.. ni bukan seeking attention dah mmg generasi sekarang expressive.. ain pun bkn ckp kat maknpak dia .. dia guna tiktok utk express tak puas hati... silap besarlah nak melucah dgn kids nowadays...

Paling tak boleh tahan siap body shaming budak ni.. anak orang bandar makan sedap hoccay.. makan daging, burger ayam cucuk cucuk bagai.. mmg badan kembang.. lainlah mcm jantan2 sengkek membesar dgn makan ikan keli goreng tu ..
Quote annehuda 2-5-2021 10:45 AM
kierakirana replied at 2-5-2021 03:19 AM
aku ingat aku sorang je pikir gini. tambah2 mk yg sensasikan lagi lah payah aku nk husnudzhon. lag ...

sebab dia bapak dan bila lelaki lain dok sexualisedkan anak dia hanya sebab anak dia agak chubby dan tak pakai tudung, takkan dia nak back up netizen?
Quote CtMaryam123 2-5-2021 11:19 AM
annehuda replied at 2-5-2021 10:45 AM
sebab dia bapak dan bila lelaki lain dok sexualisedkan anak dia hanya sebab anak dia agak chubby d ...

kan? pak dia pun mulanya nasihat ain biar jer tapi bila dah ada ugut rogol , komen lucah dan kutuk badan anak dia mcm  badan emak2, memanglah bapa dia back up.. I bertudung tapi I banyak kawan tak bertudung yang lagi bermoral tinggi ya.. especially budak2 bandar..
Quote S1nch4n 6-5-2021 11:34 AM
Den pun ada ank remaja, ada ja guru yg gatal dok komen tak elok, rasa nak tibai ja tapi nanti den nampak salah
Quote ~boolean 7-5-2021 12:28 AM
kierakirana replied at 2-5-2021 03:19 AM
aku ingat aku sorang je pikir gini. tambah2 mk yg sensasikan lagi lah payah aku nk husnudzhon. lag ...

Memang lah bapak up anak, takkan nak up sexual predator pulak...

lagipun bagus bapak dia aktif..

masalah sexual predator, harrassment, pedofil dah berkurun lama ada kat malaysia tapi tak diambil perhatian sebab rakyat malaysia pasif dan tak dapat support mak bapak..

sekarang hamek kau dapat generasi yang vokal dan celik media sosial..
pergi mampos semua cikgu2 tak guna kaki seksual..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 02:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055558 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top