CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isu Pukul Rider, Lan Pet Pet Buat Laporan Polis Wanita Tular Video

6-5-2021 01:57 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 11123| Komen: 55|Original author: Oleh: rikuren


Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular rakaman video pelawak kontroversi Lan Pet Pet memukul seorang penghantar makanan.

Video berdurasi 24 saat itu dikongsi pengguna laman sosial dan mendakwa anggota kumpulan Senario terbabit melakukan kekerasan terhadap penghantar makanan berkenaan.

Kredit foto: BH Online

Lan akhirnya tampil menjelaskan perkeara sebenar. Menurutnya, sebelum kejadian dia memandu di Jalan Ampang di hadapan Kedutaan Russia sebelum ternampak penghantar makanan terbabit sedang menunggang motosikal sambil menggunakan telefon bimbit dengan kedudukan motosikal di tengah jalan.

Gusar perbuatan pemuda terbabit mendatangkan bahaya bukan sahaja kepada dirinya sendiri, malah pengguna jalan raya yang lain, Lan mendakwa dia  menghampiri individu terbabit.

"Bagaimanapun, lain pula jadinya apabila saya kena maki dan menerima provokasi. Saya juga manusia biasa, kesabaran ada batasan. Takkan saya mahu membiarkan sahaja apabila diserang.

"Tindakan saya hanya untuk mempertahankan diri, bukan tunjuk samseng. Bagaimanapun, kami hanya bergaduh dalam beberapa saat sahaja," dakwanya memetik laporan BH Online.

Susulan kejadian, Lan membuat laporan polis berhubung insiden pergaduhan berkenaan termasuk terhadap seorang wanita dalam kereta yang dipercayai merakamkan dan menyebarkan video kejadian itu tanpa mengetahui hal sebenar.

Kredit Foto - BH Online0

Dalam masa sama, Lan akan bertemu pemuda tersebut untuk menyelesaikan isu yang tercetus antara mereka di balai polis. 

Eloklah di hari baik bulan baik ini, ambil lah peluang bermaaf-maafan sesama saudara.  - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • coco


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote uori 6-5-2021 02:14 PM
Pertahankan diri apa rupa gitu? siap tanya kenal dia ke tak?

{:thief
Quote emilyrose 6-5-2021 02:15 PM
bodoh..!! org provoke kau dgn makian, kau balas la balik dgn makian.. bangang.. bukan balas dgn physical contact..
Quote adlynnz 6-5-2021 02:17 PM
so dia pukul orang takpe. orang record dia gangster salah. eh?
Quote nena9042 6-5-2021 02:24 PM
Masalahnya bang bukan baru sekali ada case kau baran pukul orang. And orang tu maki or provoke pun, doesn't mean kau boleh balas dengan pukul. Any physical contact macam tu boleh kira battery.
Quote bulalof 6-5-2021 02:29 PM
sudahlah koooo
Quote BabyOnEarth 6-5-2021 02:31 PM
mcm ni punya alasan pon boleh ek.
asalkan xnampak buruk kat dia.
first time dgr org yg menegur tp org tu juga yg sound  kenal dia sape hmmm
Quote Manjahati 6-5-2021 03:03 PM
Macam ni punya org pun ada ye
Quote 234126 6-5-2021 03:18 PM
iol selalu je tengok rider motor main phone sambil bawak moto. Hebat betul ye mata kat bawah, dengan takda halangan apa-apa kalau jatuh terus kena lenyek.

Ada yang  selit celah helmet otak ke mana telinga ke mana mata ke mana. iol hon je sekuat hati biar terenjat terkejut hoyong hayang terkangkang baru ada akal nak panik kohkohkoh

iol gelak je kalau diorang marah bebel2 luar tingkap iol. Tau cuak takut jatuh moto ye. Ingatkan nyawa ada spare. Bahayakan nyawa orang lain je lah!
Quote missbigrockstar 6-5-2021 03:26 PM
234126 replied at 6-5-2021 03:18 PM
iol selalu je tengok rider motor main phone sambil bawak moto. Hebat betul ye mata kat bawah, dengan ...

Aku pun selalu buat benda sama. Honk panjang. Hehe
Quote squeeze 6-5-2021 04:05 PM
jenis kepala angin ni.
Quote jijilaaa 6-5-2021 04:08 PM
aku terfikir jugak, dia ni pernah pukul bini tak?? pernah gaduh dgn biras/ipar tak?
Quote 234126 6-5-2021 04:28 PM
missbigrockstar replied at 6-5-2021 03:26 PM
Aku pun selalu buat benda sama. Honk panjang. Hehe

bila diorang cuak terkujat tu mcm kite lega dapat sedarkan dia heyyyyy mata tengok depan! kohkohkoh

Nak marah pun marahhhh la
Quote 3chanceno 6-5-2021 04:30 PM
jijilaaa replied at 6-5-2021 04:08 PM
aku terfikir jugak, dia ni pernah pukul bini tak?? pernah gaduh dgn biras/ipar tak?

Meols pun pikir yg sama.....motip report polis kerna tak bersalah???
Quote Guccibamboo 6-5-2021 04:50 PM
Sorry lah...iols tahu rider food panda grab ni semua cari rezki....tp deyols bawak motor mcm x fikir org lain....kemain laju....pastu nyelit sana sini.....taulah nak kejar trips, tp fikirlah org bawak kete jugak....ingat weols xde kehidupan ke
Quote selipar_hijau 6-5-2021 08:27 PM
Nak lepas tengkuk sendiri.. yang me-record pulak yg kena
Quote one_aiman 6-5-2021 08:31 PM
kadang2 rider tengok fon atau selit fon kat celah helmet sbb nak guna waze..driver takpe la ada fon holder la, built in gps la..kadang tu jawab call pun pakai yg bluetooth tu..

done bekap rider
Quote Rara77 6-5-2021 08:32 PM
jangan main2 dgn rider ni
kdg nk kesian
kdg rasa nak maki
setiap saat nk tengok hp tengok jalan ke tengok order
babi betul menyusahkan pemandu lain
bila hon rider ni buat muka samseng
dekat sosmed acah simpati kerja rider kerja yg susah siap ada org buat lagu utk rider pui
samseng sebenar adalah rider ok
Quote imanjannah 6-5-2021 08:38 PM
tertanya tnya.. bini ngn ank2 dia, ditangan2 kan x ye
Quote damian_lee 6-5-2021 08:50 PM
Pemandu hauk
Dengan kaki panas baran

Mmang layak kena kecam la dua2 kan?
Kesimpulannya gitula kan?

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.074957 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top