Datuk Awie sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) pada majlis amal di sebuah hotel di Melaka, pada 7 Mei lalu.
Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, berkata beliau sudah memberi keterangan di Ibu Polis Kontinjen (IPK) Melaka, malam kelmarin. "Malam kelmarin, saya sudah pergi ke balai polis dan memberi keterangan mengenai apa yang berlaku. "Saya buat semua apa yang diminta polis. Alhamdulillah, semuanya positif kerana polis sudah jelas mengenai apa yang saya lakukan di sana (majlis amal di Melaka). "Cuma sekarang, saya sedang menunggu tindakan selanjutnya. Kalau perkara ini akan dibawa ke mahkamah, maka ke mahkamah lah saya (pergi).
"Saya tiada masalah untuk beri kerjasama. Saya yakin tidaklah teruk sangat melanggar SOP. "Orang ramai hanya menilai daripada rakaman video pendek itu... Mereka tidak tahu apa berlaku sebenarnya," katanya kepada BH Online. Sebelum ini, video klip berdurasi 42 saat tular dalam media sosial memaparkan Awie bersama beberapa individu sedang menyanyi pada majlis berbuka puasa sempena Misi Kemanusiaan Datuk Awie Bersama Sayap-Sayap Wings di sebuah hotel di Melaka. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman dilaporkan berkata, polis akan mengambil keterangan kesemua individu yang terbabit dalam rakaman video berkenaan. Tindakan itu diambil selepas polis menerima laporan mengenai dakwaan pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada majlis itu. Awie berkata, video yang dirakam pada acara yang berlangsung pada 7 Mei itu adalah bagi meraikan dan memberi sumbangan kepada komuniti penarik beca yang terjejas akibat pandemik COVID-19. "Sebelum rakaman video itu, mereka tidak tahu apa yang saya buat. Saya terbabit dengan satu misi kemanusiaan bersama 160 penarik beca beragama Islam dan bukan Islam. "Kami beri sumbangan kepada orang tua, anak-anak tahfiz, anak-anak yatim dan ibu tunggal. "Misi itu orang tidak nampak. Apa yang orang nampak rakaman video lebih kurang 30 saat itu. "Jadi, mereka yang tak tahu keadaan sebenar, usahlah komen. Kita bersangka baik sahajalah. Takkan saya nak merosakkan SOP yang sudah ditetapkan? "Sedangkan dalam video itu sendiri orang boleh dengar saya menyuruh mereka duduk dan patuh SOP," katanya. Awie berkata, sebelum memasuki hotel berkenaan, dia memeriksa suhu badan dan akur SOP ditetapkan. Namun, Awie berharap orang ramai tidak terburu-buru menjatuhkan hukuman tanpa mengetahui situasi sebenar. "Saya tak salahkan pun abang-abang penarik beca ini kerana mereka teruja diraikan. "Malah, saya tidak minta apa-apa pun sebagai balasan. Saya buat majlis itu pun tidak memanggil media. Kita buat kerana Allah, jadi janganlah disebabkan ini saya dimaki dan dihina. "Janganlah menghentam saya mengatakan saya ada gelaran Datuk tapi bodoh dan sebagainya. "Dalam keadaan sekarang, orang sedang susah, kita membantu dan kita pula yang dihentam dan dituduh bukan-bukan. "Inilah yang dikatakan akhir zaman iaitu zaman fitnah di mana fitnah seperti ini sangat mudah tersebar," katanya. -CARI Sumber: Berita Harian
|
Sebelum rakaman video itu, mereka tidak tahu apa yang saya buat. Saya terbabit dengan satu misi kemanusiaan bersama 160 penarik beca beragama Islam dan bukan Islam.
slyfynx replied at 11-5-2021 01:01 PM
Ko langgar SOP ape kaitan ngn MISI bodoh lain ni.
Ape dgn misi tu ko leh ke langgar SOP tu?
...
ADVERTISEMENT