Pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz yang tiba di Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira jam 8.50 pagi tadi bagi berdepan dua pertuduhan mengaku tidak bersalah gagal mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 2 Mei lalu.
Mereka didakwa tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk 'check in' atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di tempat awam. Berita Harian melaporkan, mahkamah membenarkan PU Riz diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesalahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan 4 Jun ini.
Sementara itu, kemarahan netizen yang meluap-luap terhadap keangkuhan Neelofa dan keluarganya yang berulang kali melanggar prosedur operasi standard (SOP) memuncak apabila mereka memulakan petisyen menuntut selebriti itu dipenjarakan. Petisyen bertajuk ‘Langgar SOP: Penjarakan Neelofa Segera’ itu didi laman change.org, itu juga mendesak pihak berkuasa dan kerajaan menghentikan amalan 'double standard'. Petisyen itu turut menyenaraikan kesalahan dilakukan Neelofa dan keluarganya antaranya adalah majlis perkahwinan selebriti itu dengan pendakwah bebas Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, berbulan madu di Langkawi, rentas negeri ke Nilai 3 dan berkumpul sekeluarga menyambut Aidilfitri. Sehingga artikel ini ditulis, lebih 20,000 tanda tangan sudah dikumpulkan. Anda rasa ramai yang puas hati dengan pengakhirannya nanti? - CARI
|
Pak.dolla replied at 20-5-2021 12:29 PM
Izinkan pak dol nk kira kuih tart dari satu tart ke lapan tart
NataliaLuiz replied at 20-5-2021 02:31 PM
Dah la kena dakwa atas kes tak scan mysejahtera, tak scan suhu kat kedai nilai 3 tu, pagi tadi kat c ...
Normabaru replied at 20-5-2021 12:51 PM
@FanTasyCreaTioN @Xim tak blh consolidate merge ke.. Topik sama bpuluh bng buka ni haaa.. Tu lom lg ...
Bholatchomel replied at 20-5-2021 02:37 PM
kenapa tak dakwa sekali kan pasal merentas negeri ??.
ke kalo dakwa pasal rentas negeri boleh ken ...
ADVERTISEMENT