Seorang lelaki mencetuskan kemarahan orang ramai selepas tular gambarnya 'menunggang' seekor buaya seperti papan luncur, di sebatang sungai di Australia. Foto tersebut menunjukkan lelaki tersebut yang hanya berkaki ayam, berjaya mengikat tali di bahagian mulut haiwan reptilia itu, sebelum membuat pergerakan di sungai yang keruh.
Menerusi gambar itu juga, dia kelihatan sukar untuk mengimbangi di atas buaya, sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya dari bot berdekatan. Pada mulanya foto berkenaan dimuat naik di laman sosial Reddit, dengan kapsyen yang mendakwa ia merupakan "gambar 'paling Australia' yang saya ada". Bagaimanapun, gambar tersebut membangkitkan kemarahan organisasi yang membela hak haiwan, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA). Menurut PETA yang mengecam tindakan itu bahawa lelaki berkenaan hanya mahu mencari perhatian, lapor India Times.
"Haiwan bukan untuk dijadikan papan luncur," kata jurucakap PETA, Emily Rice. Sumber: mStar
|
Skuau replied at 20-5-2021 12:39 PM
'Sang Kancil dengan buaya'...
ImpianSeroja replied at 20-5-2021 12:55 PM
Hmmmmmm..apalah di buat haiwan sebegitu
Cece1234 replied at 20-5-2021 02:12 PM
Sian buaya tu..
cecari replied at 20-5-2021 04:41 PM
kesian dak kat kuda lembu dan gajah sedunia ditunggang ?
Skuau replied at 20-5-2021 01:15 PM
kalo ko buat kat boya kat Swak sinun...ko dh kena ngap dh...
Tinot7 replied at 20-5-2021 05:11 PM
jgn mendera binatang. depa ni voley bg emotional support..
ADVERTISEMENT