"Hati saya hancur ketika membaca berita tentang apa yang berlaku di Palestin. Saya tidak dapat tidur malam memikirkan apa lagi yang boleh saya lakukan."
Datin Vivy Yusof mengakui hatinya hancur hingga tidak dapat tidur setiap kali teringat penderitaan penduduk Palestin. "Sebagai seorang ibu, melihat rakaman anak-anak di sana telah memukul saya dengan teruk," katanya dalam satu kenyataan semalam seperti dipetik dari MalaysiaGazette. Sehubungan itu, selain memulakan kutipan dana melalui Viva Palestina Malaysia (VPM), Pengasas Bersama The dUCk Group itu kini aktif meningkatkan kesedaran mengenai penindasan terhadap Palestin di platformnya. Berkongsi di Instagramnya, Vivy gembira memaklumkan dana kecemasan terkumpul kini mencecah RM1 juta. Menurut MalaysiaGazette, kutipan dana melalui Viva Palestina Malaysia (VPM) yang ditubuhkan melalui Kitafund akan digunakan untuk memberi bantuan perubatan dan keperluan kritikal kepada penduduk Palestin. Semoga segala urusan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang terjejas di sana berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. - CARI
|
None68 replied at 20-5-2021 01:36 PM
Mmg boleh ambik 30%..cayalah bibik itik nih dah bapak mertua pun scammer..puiii
EvieWanKenobi replied at 20-5-2021 01:27 PM
tak boleh tidor malam, tidor la belah siang..
flipolivio replied at 20-5-2021 02:01 PM
kalau macam tu senang2 je dia dapat rm300k! wow!
AdikSuka replied at 20-5-2021 04:27 PM
derma tu direct ke mana? ke bawah pesenbelen?
tak leh tidur konon bestfriend kau, apaknya k ...
None68 replied at 20-5-2021 02:37 PM
Tau xpe..tu pasal NGO cam cendawan tumbuh..tu x kira lagi kot duitnya sampai ke idok..ke masuk pok ...
Meiizu replied at 20-5-2021 11:37 PM
Vivy ni tenggelam betul ehhh lepas buat hal masa pkp1.
ADVERTISEMENT