CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 Maut Selepas Minum Wain Beras Bercampur Metanol

20-5-2021 02:19 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1736| Komen: 4

11 penduduk kampung di wilayah Kandal selatan Kemboja maut selepas meminum wain beras buatan tempatan yang didapati mengandungi kadar metanol yang tinggi, lapor Agensi Berita Xinhua.

Menurut ketua jabatan kesihatan wilayah itu, Kuoy Bunthoeun pada Rabu berkata, kejadian berlaku di kampung Ta Skor di komuniti Sarika Keo daerah Lvea Em 10 Mei lalu.



Gambar hiasan
Kredit foto: VOA Cambodia

"Sampel wain itu kemudian diuji di makmal Institut Kesihatan Umum di Phnom Penh dan hasil ujian mendapati wain tersebut mengandung kadar metanol yang tinggi," katanya.

Kandungan metanol dalam wain itu melebihi jumlah dibenarkan iaitu 0.15 peratus.

Katanya, pihak jabatan meminta kerjasama pihak berkuasa tempatan untuk menutup semua kilang penyulingan dan kedai menjual wain beras di daerah itu bagi mengelak lebih banyak kematian.


Sementara itu, ketua daerah Lvea Em Kan Sokkay berkata, pihak berkuasa merampas wain beras yang dijual kira-kira 20 gerai di daerah itu dan menasihati penjual berhenti menjualnya buat sementara waktu.


Kredit foto: Daily News 24

Wain beras sangat popular di kawasan luar bandar kerana harganya yang murah.

Pada November, di wilayah Kampong Chhnang tujuh maut akibat minuman wain metanol.


Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 20-5-2021 02:44 PM
Belajar lah drpd jepun n korea cara nak homemade wine beras ni..hehehe

Helok plak org2 tua kt sana bt..xde kes mati lg..hihihi~
Quote sharlenetexas 20-5-2021 02:55 PM
Ke ada bahan tak cukup utk cut cost menyebabkan kandungan metanol tinggi?
Quote NataliaLuiz 20-5-2021 04:08 PM
Macam-macam hal la.
Quote makneng 20-5-2021 10:03 PM
Erm.. Ke alam di sebalik mata terus...

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.043825 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top