Serangan zalim Israel ke atas Pelestin turut memberi kesan mendalam kepada pelakon Ramona Zamzam memandangkan ia merupakan tanah kelahiran suaminya iaitu Rami Alashkar. Biarpun keluarga mentuanya tidak berada di sekitar lokasi kejadian, namun Ramona atau nama sebenarnya Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam berkata, suaminya masih mempunyai saudara-mara di Gaza. Akui hatinya hancur melihat video kekejaman dan keganasan yang berlaku di sana, pelakon berusia 31 tahun itu mengambil pendekatan berehat daripada media sosial sejak seminggu lalu. "Terima kasih kepada yang menyokong Palestin. Yang tanya pasal Rami dan keluarganya, saya sangat hargai. Alhamdulillah, mereka semua okey. Keluarganya tidak berada di Malaysia tetapi di negara lain. "Ya betul, Rami masih ada saudara-mara di Gaza dan media sosial sekarang dihujani dengan visual keganasan di sana. Saya sendiri mengambil pendekatan untuk berehat daripa media sosial sejak seminggu lalu. "Dada saya sakit, hati saya hancur melihat segala video yang dikongsikan. Saya terlalu lemah," kata Ramona menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, Ramona memberitahu biarpun suaminya kini menetap di Malaysia, namun solidariti dan sokongan masih utuh buat keluarganya di bumi bergolak itu. Tambah Ramona lagi, Rami antara keluarga yang diusir Israel dari tanah mereka sendiri dan terpaksa merantau ke negara lain bagi mencari penempatan baharu. Sementara itu, Ramona menegaskan bahawa tindakannya berdiam diri daripada berkongsi apa yang terjadi di Palestin bukan membuktikan dia seorang pro-Zionis. Untuk rekod, Ramona dan Rami telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ivanna Alaskhar yang kini berusia empat tahun. Sumber: mStar Sumber: mStar
|
exclusive_vvip: I pun x up status 1 hapa pun pasal palestin..join boikot pun tidak..dari dulu pun iols camtu..sibbaik i bukan retis..tapi bukan bermaksud i pro Israel ...
ADVERTISEMENT