Video pergaduhan antara seorang pelanggan dan pemilik sebuah restoran di kawasan rekreasi Telaga Srangan, Plaosan, Magetan, Jawa Timur menjadi viral dalam media sosial. Menurut jurucakap polis, Munir, pergaduhan itu berlaku selepas pelanggan tersebut memesan sate yang dijual oleh peniaga jalanan dan membawa makanan itu ke dalam restoran terbabit.
Berang dengan tindakan itu, pemilik restoran tersebut menegur pelanggannya dan memintanya supaya tidak berbuat demikian. “Ketika menunggu makanan, pelanggan itu memesan sate yang dijual peniaga jalanan yang berada di luar premis. “Selepas itu, dia membawa masuk sate ke dalam restoran berkenaan dan tindakannya disedari pemilik premis tersebut,” katanya. Jelas Munir, pelanggan tersebut mempertahankan peniaga sate berkenaan yang katanya turut sama mencari rezeki.
“Peperangan mulut antara kedua-dua pihak berlaku, malah orang ramai yang berada di sekitar turut ‘menyertai’ pergaduhan itu. “Akibatnya, ada yang cedera dan terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” ujarnya. Sementara itu, polis memaklumkan pelanggan dan pemilik restoran itu sudah pun membuat laporan polis dan siasatan teliti akan dijalankan segera. Sumber: Utusan
|
sarah82: Lamanya x makan satay.. Aku rindu satay kat kmpung seberang Jitra.. Huwaaaaa
ADVERTISEMENT