CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rawat Kemurungan, Karl Shafek Berkebun Dan Melukis Semasa ‘Lockdown’

6-6-2021 10:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7199| Komen: 51

Pelakon dan pengacara, Karl Shafek mempunyai cara tersendiri bagi merawat penyakit kemurungan yang dihadapinya sepanjang 'terkurung' dalam tempoh Perintah Kawalan Berkurung (PKP) 3.0.


Menurut Karl atau nama sebenarnya, Khairul Shafek Ibrahim, 41, dia menggunakan tempoh lockdown ini dengan berkebun, melukis dan bermain dengan kucing peliharan bagi mengelakkan daripada melayan fikiran negatif.

Foto: IG

"Saya disahkan ada penyakit kemurungan sejak 2019 dan sekarang masih lagi dalam tempoh pemulihan.

"Bagi saya sepanjang tempoh lockdown ini, saya ada rutin sendiri setiap hari agar tidak trigger (perasaan murung) datang.

"Hari-hari saya buat rutin seperti aktiviti berkebun, siram pokok dan main dengan 16 ekor kucing peliharaan saya. Benda-benda macam ini banyak membantu beri saya kelegaan," katanya ketika dihubungi mStar.




Selain itu, pengacara kelahiran Pekan, Pahang ini turut berkongsi yang dia tidak akan sesekali mencabar perasaannya dengan menonton mana-mana filem berbentuk ganas, perang atau seram bagi mencegah kemurungan daripada berlaku.

"Orang lain kalau time tengah lockdown ni banyak tengok tv, tapi lain pula bagi saya... kalau boleh saya elakkan tengok tv sebab banyak benda boleh trigger kalau saya tengok filem perang atau ganas, ia boleh ganggu mood saya.

"Memang doktor pun nasihatkan saya untuk avoid benda-benda itu semua, jangan tengok benda yang boleh kacau mood kita. Kadang-kadang saya tak boleh tengok news pasal orang bunuh diri atau orang susah... bukan sebab saya tak nak ambil tahu, tapi ia adalah untuk kebaikan diri saya sendiri," katanya lagi.


Berkongsi perjalanan pemulihannya, Karl berkata sehingga kini dia masih lagi mendapatkan khidmat doktor bagi merawat penyakitnya itu.

"Saya masih lagi makan ubat dan masih lagi kena jumpa doktor dalam tempoh tigu minggu sekali.


"Doktor kata saya kemurungan disebabkan terlalu kuat bekerja dan memang saya akui itu... sejak dari 2010 saya bekerja tanpa henti.

"Sejak didiagnos dua tahun lalu, baharu saya ambik masa berehat dan kini hanya fokus pada perniagaan fesyen dan sambal," ujarnya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 6-6-2021 10:45 AM
Ko nk ckp ko ada depression ke nk canang ko kuat kerja? Nowadays everyone can be depressed. Thanks to qiemkepampropa.
Quote shernazz 6-6-2021 10:49 AM
Tapi kalau dok sorang
Cakap dengan dinding..
Stress juga sebeno nya
Hahahahah...
Quote KucingBiru 6-6-2021 10:55 AM
La.. heshe dah kertu rupanya, baru tau dah 41. Ingat still in early 30s.
Quote slyfynx 6-6-2021 10:59 AM
Haish, orang2 self claim ni menyebabkan orang akan pandang masalah mental ni sbg mende main2
Quote helicornia 6-6-2021 11:02 AM
kawin je la. dok sorang2 lagi kemurungan tau.btw apa citer sibuk ari tu kata kena buatan org?
Quote ImpianSeroja 6-6-2021 11:16 AM
Tadi baca dek jana bipolar..now karl plak..semoga kedua nya cepat sembuh n Dipermudahkn segala urusan
Quote ajinomotonosuga 6-6-2021 11:19 AM
Jantanpun bleh murung ..puihh

It is a man's world ...samdol

Lembik la ko...pi extreme sport smpai patah tangan..pain is goooood

No pain no gain

Tadak baby lahir murung!!

Tadak baby lahir gila!

Takat oku tu fisikal je..roh dia 100 percent intact

Dah tuu..dah tua bangka..murung laaa depresslaaa..mna dapat???

Ada otak pikio ok!!!
Quote rogayahtop 6-6-2021 11:36 AM
lawa sis karl ni berambut panjang . cukur misai, pakai summer dress iras2 zooey deschanel boleh tukar nama karla
Quote LoveSungmin 6-6-2021 11:38 AM
16 ekor kucing? i ada 9 pun dah semput
Quote Perawankota 6-6-2021 11:42 AM
Dok landed house mmg mcm2 blh buat..
Quote anarina 6-6-2021 11:45 AM
Retis time pkp ni nampak btl koyaknya
Quote orenmango 6-6-2021 01:00 PM
Kemurungan is real. Apa yg Karl ni buat bagus, elakkan trigger.

Janna Nick patut contohi Karl Shafek ni. Elakkan trigger. Dia patut take a break untuk rawat diri dulu.
Quote sharlenetexas 6-6-2021 01:01 PM
Mana gambar berkebun dan melukis?
Quote Miss_LoveLeen 6-6-2021 02:19 PM
rogayahtop: lawa sis karl ni berambut panjang . cukur misai, pakai summer dress iras2 zooey deschanel boleh tukar nama karla
meolss pun thinking yg sama.. ko murung smpai tukar imej jd karla kah? Bkn main shining rambut, gosok dgn iron ke? {:hooray
Quote annadonna 6-6-2021 02:31 PM
Aku tak heran ramai artis murung. Kita tak boleh perlecehkan. WHO pun dah ramal mental illness akan join penyakit top 10 akhir zaman. Artis terdedah dgn byk isu terutama pkp ni. Paling top isu kewangan. Dorang takde job takdelah duit. Simpanan pun boleh kikis 2 tahun pkp. Takdak duit murung weiiii tambah2 yg dah biasa hidup sendiri dan tak pakai duitt mak bapak.
Quote boojaat 6-6-2021 02:57 PM
Karl, sila bawa JN sekali plssss... Kesian dia asyik bekerja sebab byk utang perlu d byr
Quote AKAZ85 6-6-2021 03:57 PM
Karl shafeek ni ke pernah couple jap ngan anjutekjuling tu kan? Last2 bergaduh gak... Nasib laa xjadi kawen ngan anjutekjuling.. Kalau x mampus kena aibkan
Quote wirazam 6-6-2021 04:29 PM
LadyCarefree replied at 6-6-2021 10:45 AM
Ko nk ckp ko ada depression ke nk canang ko kuat kerja? Nowadays everyone can be depressed. Thanks t ...

Dia nih keje apa..X nampak pun back to back drama kat TV kalau pelakon lah...ingatkan syapiq belakang sikit tadi..
Quote RumiMenari 6-6-2021 04:52 PM
Geramnya tengok pokok fig & kaktus abam karl tu abam karl, share la projek kebun2 tu dlm group fb.. dlm tu ramai je jejans solo share deko2 rumah & pokok.. suka betul iols tgk.. lg pun, kalau abam karl jenis tak lokek ilmu, lagi ramai acik2 fb sayang.. boleh jadi kawan & family..

Cuma ramai jejans dlm group pokok suka pose pakai singlet, seluar pendek mcm seluar katok, tapi badan semua muscle2... tu je yg iols rengsa.. mencacatkan deko & keindahan pokok ciptaan yang Maha Esa..

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.032411 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top