CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Resah Gelisah, Masalah Gangguan Tidur Antara Asbab Faizal Ismail FBI Sertai Tabligh

6-6-2021 02:10 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9147| Komen: 27|Original author: Oleh: natrahn


Sudah agak lama tidak mendengar khabar berita bekas penyampai radio dan pengacara, Faizal Ismail atau sinonim dengan panggilan FBI. 

Terbaru, beliau mendedahkan pernah mengalami rasa resah gelisah serta masalah gangguan tidur dalam tempoh yang agak lama.


Kredit foto: Instagram

Faizal berkongsikan pengalamannya itu menerusi segmen Kisah Inspirasi oleh Zayan bersama penyampai radio Mawi dan Anas, baru-baru ini. 

Jelasnya, sebelum ini boleh dikatakan dirinya terlalu mengejar keduniaan dan kini beliau cuba untuk berubah menjadi hambaNya yang lebih baik. 


Tertinggal Jauh, Jauh Sangat

"Sebenarnya, kedudukan saya sebagai hambaNya, saya rasa macam sudah tertinggal jauh. Jauh sangat-sangat dan keduniaan saya, saya kejar terlampau sangat. 

"Dan saya telah tinggalkan apa yang sepatutnya saya buat sebagai hamba Allah SWT. Itu yang saya dapat jawapan. 

"Sekarang ni saya tebus masa saya untuk lebih dekatkan diri kepada Allah SWT, lebih kepada akhirat, insya-Allah," katanya memetik Media Hiburan.


Kredit foto - Facebook

Versi penuh temubual FBI dalam segmen itu boleh ditonton di bawah.



Alhamdulillah, terbaik FBI. Dalam bercerita, lawak selamba tu masih ada. Semoga istiqomah hingga ke akhir hayat, Insya Allah. 

Kita ini hanya menumpang. Hidup pun hanya sekali. Apa salahnya kita mencari jalan hidup yang paling baik tanpa membuang masa yang tinggal untuk hidup ini. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote helicornia 6-6-2021 02:23 PM
ok je.buat la apa pun utk jadi manusia yang lebih baik.tapi dh berhijrah, join tabligh jgn plak lepas ni nk kondem sana sini, sume haram.nak berdakwah pun biar la dengan hikmah dengan cara yang baik
Quote Nenasketum 6-6-2021 02:27 PM
Haiyoooo, his face gives me the creeps but I’m sure he’s a nice guy
Quote Janjimanismu123 6-6-2021 03:12 PM
Buat apa yg terbaik
Quote nazzse 6-6-2021 03:21 PM
ok la berubah jadi lebih baik, dia pun mmg nampak baik selama ni. Cuma janganlah jadi setaz segera, ceramah sana sini. Habis punah ranah nanti
Quote ImpianSeroja 6-6-2021 03:28 PM
Ok la ada transformasi ke arah yg lebih baik
Quote Belibis 6-6-2021 04:40 PM
Ramai betul selebetriti yang kemurungan,walaupun selalu post hepi mepi gitu..
Quote printercomel 6-6-2021 04:41 PM
Dari dulu sampai sekarang tak pernah minat dia ni.
Quote RumiMenari 6-6-2021 04:55 PM
Aiyoooo ni tered ke 3 berturut2 i masuk berkaitan dgn mental..... from janna to karl to fbi.. trail ni semakin downgrading..........

Btw, mana pwince chicky2 boom... ramai naw2 nak mencaras beliyau innih..
Quote exclusive_vvip 6-6-2021 05:00 PM
printercomel replied at 6-6-2021 04:41 PM
Dari dulu sampai sekarang tak pernah minat dia ni.

samalah..dedulu masa dia dok mengacara AJL dgn cheryl samad tu, rengsa btol dia suka dok buat lawak tak reti cakap/sebut words BI tu..x ingat berapa kali dia mengacara AJL  tu..tetiap kali tu la dok buat lawak bodoh BI dia tu..
Quote mandy77 6-6-2021 06:11 PM
FBI ni masih duduk kat Landen ke...tak silap hari tu dia sambung belajar kat situ bawa family. Mudah-mudahan semua urusan dipermudahkan.
Quote silampumeja 6-6-2021 08:51 PM
Oh dia dah balik sini ye... Habis dh belajar kat UK?

Last tengok dia update wife n anak2 dh smpai sana.... Tup tip dh tabligh
Quote ciksaenara 6-6-2021 09:01 PM
Hmm.. alhamdulillah lah.. moga istiqamah..
Quote orkid_amani 6-6-2021 11:50 PM
silampumeja replied at 6-6-2021 08:51 PM
Oh dia dah balik sini ye... Habis dh belajar kat UK?

Last tengok dia update wife n anak2 dh smpai ...

Bila dia balik? Cari ig dia pun xdak masa dia announced nak migrate p London tu hari
Quote chula 7-6-2021 02:11 AM
Eh dia ada bljr london ke..tak tahu pun..tup2 tgk join tabligh..moga baik2 aje lah ye..
Quote miracle_forever 7-6-2021 06:54 AM
chula replied at 7-6-2021 02:11 AM
Eh dia ada bljr london ke..tak tahu pun..tup2 tgk join tabligh..moga baik2 aje lah ye..

rasanya dia buat master kat wales. tak ingat which uni… cardiff kot. awal2 ke sana dia ada ig lagi. skrg mcm dah takde je. elok la kalau berubah.. tapi jgn jadi extremist atau ustaz segera pulak
Quote mohamad134 7-6-2021 07:55 AM
heran juga.. ramai yang balik dari UK pakat jadi extremist agama dan agaknya bukan malaysia saja yg hadapi isu ni even negara2 jiran yang lain .. rasanya isu ni isu lapuk even erma fatima pun pernah highlight isu ini dalam filem perempuan melayu terakhir.

tertanya jugak wadehell happened in there?
Quote Lavender85 7-6-2021 08:36 AM
Alhamdulillah .. semoga kekal istiqamah
Quote notM 7-6-2021 08:43 AM
Tak minat sgt diia ni...more to menganjing je
Quote notM 7-6-2021 08:45 AM
mohamad134 replied at 7-6-2021 07:55 AM
heran juga.. ramai yang balik dari UK pakat jadi extremist agama dan agaknya bukan malaysia saja yg  ...

YG kertu je camtu kot....ala2 dapat Hidayah lepas tengok kecantikan UK kot.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042671 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top