CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Jutawan Ditemui Maut Dalam Kolam Renang Resort

15-6-2021 11:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12703| Komen: 108

Pasangan jutawan warga Thailand dan India, Rakeshwar Sachathamakul, 59, dan isterinya, Anshoo, 55, ditemukan mati di sebuah resort mewah di Koh Tao, Thailand.


Kredit foto: The Sun/ViralPress


Pasangan tersebut ditemukan maut di dalam kolam renang selepas mendaftar masuk beberapa jam, Jumaat lalu, bersama anak mereka, Ratish, 34.

Menurut laporan polis, kamera litar tertutup (CCTV) resort itu tidak berfungsi semasa hari kejadian.

Ketua Polis Koh Tao, Kriangkrai Kraikaew berkata, pasangan itu menuju ke kolam renang untuk berenang, sementara, Ratish berjalan-jalan di kawasan pantai.

Beberapa minit kemudian, Ratish kembali ke resort dan menemukan mayat ibu bapanya yang sudah tidak bernyawa di dalam air.

Dia kemudian meminta bantuan daripada petugas keselamatan, namun tiada petugas di daerah itu ketika kematian berlaku.

“Pasukan penyiasat akan melihat punca yang menjadi penyebab kematian pasangan itu sama ada faktor kedalaman kolam renang sedalam tiga meter atau faktor kesihatan.


“Ini kerana, anaknya memberitahu ayahnya menghidap penyakit diabetes dan darah tinggi,” katanya.


Kredit foto: The Sun/ViralPress

Sachathamakul adalah pemilik bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Hotel Novotel Phuket Kamala Beach serta memiliki pangsapuri Bangkapi Mansion di Bangkok.

Difahamkan, sebelum ini ramai pelancong yang maut di resort itu.


Kredit foto: Getty - Contributor

Pulau Koh Tao merupakan destinasi pelancongan popular dalam kalangan pelancong kerana pantainya yang bersih, airnya yang jernih serta terumbu karang yang masih terpelihara.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jfq 15-6-2021 11:56 AM
Fuyo kaya la rathish
Dan2 la cctv tak berfungsi. Mcm familiar aje
Quote Jiddin 15-6-2021 12:03 PM
Fishy sgt2
Quote tumpanglalu74 15-6-2021 12:06 PM
Jiddin replied at 15-6-2021 12:03 PM
Fishy sgt2


Fishy ala2 tafsiran @blastoff ke?
Quote slavehunter 15-6-2021 12:09 PM
Koh Tao memang banyak kes foreigner kena bunuh secara suspicious.
Quote bakingsoda 15-6-2021 12:21 PM
habis yg pelancong lain mati selama ni takkan cctv tak berfungsi jugak?
Quote Artemesiaa 15-6-2021 12:29 PM
Forensik je mampu bantu jawab semua persoalan ini, harap tak ada penglibatan keluarga terdekat.
Quote Skuau 15-6-2021 12:31 PM
slavehunter replied at 15-6-2021 12:09 PM
Koh Tao memang banyak kes foreigner kena bunuh secara suspicious.

mungkin 'citer/kisah' ni boleh/menarik tuk diangkat ke layar perak.
Quote tumpanglalu74 15-6-2021 12:34 PM
slavehunter replied at 15-6-2021 12:09 PM
Koh Tao memang banyak kes foreigner kena bunuh secara suspicious.


Campak je ulor sekor dalam pool.  Senang koje..  Aku memang ngeri nak melancong kat Siam.  Suke benor deme maen dengan binatang bahaye..
Quote TomyamPuteh 15-6-2021 12:39 PM
Tah2 Sajat yg bunuh hape?
Quote slavehunter 15-6-2021 12:44 PM
tumpanglalu74 replied at 15-6-2021 12:34 PM
Campak je ulor sekor dalam pool.  Senang koje..  Aku memang ngeri nak melancong kat Siam.  Suke  ...

Dan Koh Tao ni mereka ada mafia mereka tersendiri or hitmen.
Hahaha campak ular besar sikit.
Quote Janjimanismu123 15-6-2021 12:45 PM
Ikan kekek mak ilo iloi
Quote airfilterkotor 15-6-2021 12:52 PM
'Difahamkan, sebelum ini ramai pelancong yang maut di resort itu.'

*ada oram tu nampak macam nak bersorak seronok laa kot-kot tekaan dan harapan liar dia mengena.
Quote edayildiz 15-6-2021 12:56 PM
tiberrr mati sekaligus laki bini..fishy kt ratish..kalau dlm lakorn..siapa yg paling beruntung bila pasangan ni meninggal
Quote Decaffeinated 15-6-2021 12:57 PM
Recent imigran ka ni? Nama masih menten.
Quote scorpionkiki 15-6-2021 01:02 PM
Cantik wife dia walau the husband landwhale
Quote Amigurumi 15-6-2021 09:00 PM
slavehunter replied at 15-6-2021 12:09 PM
Koh Tao memang banyak kes foreigner kena bunuh secara suspicious.

Pulau yg sama ni la ada pair yg berkenalan kat pulau ni, lepas depa hangout berdua ditemukan mati esoknya. Polis thai tangkap migrant myanmar konon pelaku, tapi ramai ckp depa scapegoat ja. Tapi still la foreigner asyik pergi
Quote Manjahati 15-6-2021 09:15 PM
Kesiannya..tapi mcm pelik kes ni..
Quote slavehunter 15-6-2021 09:35 PM
Amigurumi replied at 15-6-2021 09:00 PM
Pulau yg sama ni la ada pair yg berkenalan kat pulau ni, lepas depa hangout berdua ditemukan mati  ...

Yea betul, kenal kat bar, mungkin ada orang tak puas hati, bunuh kat tepi beach. Boleh jadi Thai,boleh jadi foreigner juga pembunuhnye.
Quote Amigurumi 15-6-2021 09:41 PM
slavehunter replied at 15-6-2021 09:35 PM
Yea betul, kenal kat bar, mungkin ada orang tak puas hati, bunuh kat tepi beach. Boleh jadi Thai,b ...

Pasal kawasan mafia tu ada juga dengar cerita.  Tak sabar nak tahu apa kesudahan kes ni. Double standard tak nanti

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.121895 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top