Seorang lelaki menggunakan taktik membelanja makan, memberikan wang serta mengajak tidur di rumah bagi melampiaskan nafsu sejenisnya terhadap remaja lelaki. Lapor Tribunnews, Daud Kadtabalubun, 46, mencabul remaja itu di rumah sewanya di daerah Satui, Tanahbumbu.
Ketua Polis Satui, Parman berkata, pihaknya sudah memberkas suspek bagi tindakan lanjut. Berdasarkan keterangan mangsa, remaja lelaki ditemani JL ke rumah suspek dengan niat ingin meminjam wang. Selepas tiba di rumah suspek, mangsa diajak makan serta diberikan wang sebanyak 50,000 rupiah (RM14). Sekitar pukul 12.00 malam, suspek memgajak mangsa dan JL tidur di biliknya. “Setengah jam selepas itu, mangsa berbaring di atas katil, sementara suspek berada di sebelah mangsa dan JL berada di tingkat bawah. “Semasa mangsa sedang leka bermain telefon bimbit suspek, dia cuba memegang alat kemaluan dan mangsa menolak tangan lelaki itu.
“Mangsa yang berada dalam keadaan mengantuk dan separuh sedar itu akhirnya ditanggalkan seluarnya sebelum dicabul,” jelasnya. Sumber: Utusan
|
ADVERTISEMENT