CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Birthday Arwah Hani Mohsin- Komen Serina Dicerca Netizen Di Ig Tiara Jacquelina

21-6-2021 12:35 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 51100| Komen: 205|Original author: Oleh: kp5x

Kredit foto : Instagram Tiara & Serina, Wiki, marshallcavendish.com
Tanggal 18 Jun 2021 genap 56 tahun umur Hani Mohsin jika dia masih hidup ketika ini. Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung di LCCT pada 25 Julai 2006.

Walaupun telah tiada, boleh dikatakan hampir setiap tahun Puan Sri Tiara Jacquelina akan menulis ucapan hari lahir buat bekas suaminya itu, tidak ketinggalan ucapan untuk tahun ini.



"Happy Birthday to the irreplaceable Hani Mohsin. Seorang lelaki yang begitu mulia dan tinggi budi pekertinya".

'Sedih rasanya kerana kamu tidak berada di sini lagi untuk mempertahankan diri daripada fitnah dan kata-kata menyakitkan yang pernah dikeluarkan oleh segelintir orang. Saya pasti kamu akan sentiasa berjiwa besar untuk memaafkan mereka. They don't know you like many of us knew you".

Itu antara ucapan yang ditulis di laman instagram Tiara Jacquelina.

Tiara dan Hani Mohsin berkahwin pada tahun 1993 namun berpisah pada tahun 1998. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hani Karmila.
Komen-komen netizen yang mengenali atau pernah berjumpa dengan Hani Mohsin sepertinya mengiyakan kata-kata Tiara yang Hani Mohsin merupakan seorang insan yang berhati baik.

Di sebalik komen-komen rakan artis dan netizen, terselit satu komen daripada Serina Redzuawan yang turut memuji keperibadian Hani dan berkata setiap kali solat dia tidak pernah lupa membacakan Al Fatihah untuk Hani. Namun komen itu diperlekehkan oleh seorang netizen yang berkata "ek eleh, nak jugak, baru je bapak awak burukkan arwah, pastu nak komen suci bagai". Netizen pun, marahkan bapa, anak yang menjadi mangsa.

Serina dan Hani pernah menjalinkan hubungan cinta ketika usia Serina 21 tahun namun terpaksa berpisah selepas mendapat tentangan daripada bapa Serina yang juga merupakan chef terkenal, Chef Wan. Dikatakan gambar Serina disimpan oeh Hani di dalam dompetnya sehinggalah ke akhir hayat beliau dan Serina antara yang paling sedih mendengar berita kepergian Hani. -CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 21-6-2021 12:16 PM
siapa sangka dia meninggal sakit jantung….
Quote mesmerize 21-6-2021 12:23 PM
ok je komen serina tu.. apsal lak nak kena cerca ngan netz? meskipun bapak dia benci arwah pun, tu bapak dia punya perasaan pada arwah, bukan dia... hati pun lain2..
Quote woven11 21-6-2021 12:24 PM
Tak sesuai la serina ni comment kat situ. Dah la ayah dia komen mohsin mcm2.
Quote beta_carotene 21-6-2021 12:25 PM
netizen bodo mane tu.
Quote makneng 21-6-2021 12:39 PM
entahlah kome...sorang wish happy birhtday pada yg dah lama merentas alam
sorang lagi entah kenapa sibuk sebak bersweet memory bagai walau dah berlaki baru..
yg netizen pun sibuk juga menghentam dekat wall org..
Quote Ferr_Remy 21-6-2021 12:41 PM
Bodo gile netizen sangkak tu.
Quote Perils 21-6-2021 12:41 PM
Ofcoz la marah . Kena cerca bapak-mertua-tak-jadi tp anaknya senyap je seolah2 bapak dia ckp benda yg betul . Dah arwah pun org tu masih lg kebencian membara . Kebencian terhadap benda x betul plak tu
Quote tipahketipung 21-6-2021 12:43 PM
La... kenapa nak heret Tok Wan punya komen.
Netizen pon bahlul.
Pendapat masing2 yg ko heret anak kenapa?
Quote dua_chzy 21-6-2021 12:47 PM
Edited by dua_chzy at 21-6-2021 12:48 PM

Tiara ni pun nyampah akak. Kalau sayang sangat bang Hani mengapa kau kasi tinggal dia huntok nikoh jerung, acik? Bosan la meratab sendu tiap tahun pasal Hani, as if ngkorang berdua ni kekal setia hidop bersama Hani hingga ke hayat akhir Hani.
Quote sarah82 21-6-2021 12:50 PM
dua_chzy replied at 21-6-2021 12:47 PM
Tiara ni pun nyampah akak. Kalau sayang sangat bang Hani mengapa kau kasi tinggal dia huntok nikoh j ...

Kachingggggggg...
Quote dua_chzy 21-6-2021 01:01 PM
sarah82 replied at 21-6-2021 12:50 PM
Kachingggggggg...

Acah2 baik sangat ingat ex. Pghuiittttt sangat level bermuka2.
Quote little_sis 21-6-2021 01:02 PM
Aku terserempak arwah kat kedai pizza kat area ampang point pada mlm sebelum dia meninggal.. esoknya dgr radio pasal dia meninggal kat lcct tu.. semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt..
Quote sharlenetexas 21-6-2021 01:04 PM
dua_chzy replied at 21-6-2021 12:47 PM
Tiara ni pun nyampah akak. Kalau sayang sangat bang Hani mengapa kau kasi tinggal dia huntok nikoh j ...

Cantas2 jadi i'm no. 1.

Quote katakauu 21-6-2021 01:15 PM
out topic

ade skali aku g kl, naik komuter ke shah alam round2 sekali nampak hani mohsin wei hahah.. aku suka jimi asmara.. sanggup abg aku sewa tape nk bg aku tgk pastu die belikan aku tape jimi asmara...

aku ingat lagu dia..

aku terkenang, kesuma~~~ dengan kak engku nya gelek2
Quote sarah82 21-6-2021 01:17 PM
dua_chzy replied at 21-6-2021 01:01 PM
Acah2 baik sangat ingat ex. Pghuiittttt sangat level bermuka2.

Dia ingat kita semua x tau kisah dia bercerai dgn arwah sebab apa kot.. Dan kita juga tau sbb dia 1st wife ditalakkan.
Quote slyfynx 21-6-2021 01:18 PM
Sibuk je the melvins tu
Quote sharlenetexas 21-6-2021 01:19 PM
sarah82 replied at 21-6-2021 01:17 PM
Dia ingat kita semua x tau kisah dia bercerai dgn arwah sebab apa kot.. Dan kita juga tau sbb dia  ...

Sheols baik tak dgn anak tiri?
Quote dua_chzy 21-6-2021 01:19 PM
sarah82 replied at 21-6-2021 01:17 PM
Dia ingat kita semua x tau kisah dia bercerai dgn arwah sebab apa kot.. Dan kita juga tau sbb dia  ...

Ntahnya? As if semua orang yang hidup zaman dia gigih jadik social climber tu dah mati?
Quote laksmanabentan 21-6-2021 01:22 PM
yang komen nak tengok movie tu beratus kali tu yang tak tahan tu....
perhhhh beratus kali uolllssss...
dont play2 ya....

Lihat semua komen(205)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.070589 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top