CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Takkan Nak Guna Semua Duit Saya?” - Puteri Sarah Dituduh Minta Sedekah Sebab Nak Bersedekah

24-6-2021 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11684| Komen: 77

Mungkin ramai yang sudah mengetahui tentang projek kebajikan dengan memberi bantuan makanan percuma kepada insan memerlukan dan petugas barisan hadapan sejak total lockdown berkuat-kuasa 1 Jun lalu.


Bermula dengan menggunakan wang simpanan sendiri, kini ia diperluaskan apabila dia turut membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama menyumbang dalam menyediakan makanan.


Foto: IG

Namun usaha Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu nampaknya dipandang serong oleh segelintir netizen.

“Saya ada terima DM daripada haters yang persoalkan kenapa nak bersedekah tapi minta sedekah?

“Jawapannya mesti la! Takkan nak guna semua duit dalam akaun saya tu. Saya pun perlukan duit untuk diri sendiri, ” katanya kepada mStar.




Tambah aktres berusia 35 tahun itu, tujuannya mengajak orang ramai turut serta menjayakan projek bantuan makanan berkenaan adalah bagi memastikan ia terus memberi manfaat kepada kumpulan sasar.



“Saya sendiri sudah buat sebaik yang mampu, jadi sudah tentu saya perlukan orang ramai untuk membantu... saya bukan minta sedekah.

“Apabila lebih ramai membantu, kita dapat sama-sama bersedekah... tapi ada pula orang salah tafsir apa yang saya lakukan, ” katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote exclusive_vvip 24-6-2021 02:57 PM
gosip2 kat CARI ni skrg berkisarkan tentang retis sentap,retis dpt DM je ke?
Quote sambaldurian 24-6-2021 03:10 PM
dh tu x payah la buat crowdfunding. ko derma jela takat yg mampu. semua nk ikut Ebit liew. nnti klu ada org DM mcm kes abby abadi mula la ckp sy pun ssh. ni lg la org nk DM mintak bantuan, menantu org kaya.
Quote little_sis 24-6-2021 03:13 PM
Ler statement diiaaaa...
Quote mxsssgi81 24-6-2021 03:16 PM
Sedekah ikut kemampuan lah pastu senyap2 sudah..
Quote cikpuanviolet 24-6-2021 03:17 PM
sambaldurian replied at 24-6-2021 03:10 PM
dh tu x payah la buat crowdfunding. ko derma jela takat yg mampu. semua nk ikut Ebit liew. nnti klu  ...

Tu lah pasal, tak payah lah sibuk2 nak buat crowdfunding untuk sedekah. Pandai2 lah kita sedekah terus kepada yang memerlukan, tak perlu guna orang tengah. Ni bila orang tegur, sentap
Quote 3chanceno 24-6-2021 03:29 PM
exclusive_vvip replied at 24-6-2021 02:57 PM
gosip2 kat CARI ni skrg berkisarkan tentang retis sentap,retis dpt DM je ke?

Jgn dilupa petik dari igs, fb atau tiktok retis...kadang bonus, crita yg sama ada 2 ke 3 benang pasal berlainan forumer yg bukak
Quote tagas 24-6-2021 03:33 PM
Mcm statement level bdk spm lulusan 10E
Quote AshkieLa 24-6-2021 03:34 PM
apo ni?
indirectly nak nampak baik atas duit orang?

sendiri tak cukup, diam2. cukupkan.. ade niat dan ade lebih baru pi bagi sendiri...
bukan meminta2 untuk jadikan ko sebagai tukang agih...
Quote Orix 24-6-2021 03:45 PM
Bodo nya dia ni
Quote chandrahusin 24-6-2021 03:47 PM
sbb tu buat je lah diam2
ko sedekah bila ko rasa mampu
tak pyh nak announce
melambak cerita org susah dlm paper
ke ko cari yg keliling ko yg susah
tolong yg tu
Quote dudaberhias 24-6-2021 03:51 PM
"Saya pun perlukan duit untuk saya sendiri."

Dari ayat ni iols terus terbau ikan sebusuk busuk perfume DSV tu termasuk bangkai ikan paus perap. Apa punya jawapan peminta "derma" ni bagi?
Quote nazzse 24-6-2021 03:53 PM
Sedekah ikut kemampuan, tak.payah nak menunjuk. Allah bukan bagi pahala ikut nilai pun. Asal ikhlas sudah
Quote candilixious 24-6-2021 04:00 PM
sambaldurian replied at 24-6-2021 03:10 PM
dh tu x payah la buat crowdfunding. ko derma jela takat yg mampu. semua nk ikut Ebit liew. nnti klu  ...

Setuju... lepas tu nk sentap bila org DM tny. Dah la macam bodoh je respon gitu. Derma mana mampu aje la.
Quote ImpianSeroja 24-6-2021 04:02 PM
Setakat itu je lah gosip nyer..
Next...
Quote aderaderker 24-6-2021 04:03 PM
Jawapan yg dia bagi tu macam tak berapa kena.  
Dia tak pandai susun ayat bagi nampak cerdik sikit ke?

Quote slyfynx 24-6-2021 04:18 PM
Pakai duit orang, sedekah atas nama kau.
X ke bongok namenye tu.
Nk sedekah atas kemampuan sendiri je la
Quote Izumieza 24-6-2021 04:19 PM
Alahai statement tuan punya diri pun.. kalau dah macam tu sedekah la ikut kemampuan. Bantu org sekeliling kita dulu yg betul memerlukan.
Quote Purina 24-6-2021 04:19 PM
Kebanyakkan artis klu bg jwpn mmg bodo2 kn..
Quote haruslah 24-6-2021 04:39 PM
Kalau semua nak jadi wakil/ ngo, sape nak jadi penyumbang?
Baik la derma je kat mana2 ngo/individu yg layak
Takat mana kita mampu
Dah semua nak minta sana sini
I rasa crowd funding ni 'salah' kan?

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.222228 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top