CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Tak Sedar Anak Hamil, Umur Sebelas Tahun Dah Beranak

30-6-2021 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2814| Komen: 15

London: Seorang budak perempuan menjadi ibu termuda di United Kingdom (UK) selepas melahirkan anak pada usia 11 tahun.

Budak perempuan itu dikatakan mengandung pada usia 10 tahun dan melahirkan bayinya, awal bulan ini.


The Sun melaporkan, bayi itu dilahirkan ketika usia kandungannya sudah 30 minggu dan dua beranak itu dilaporkan sihat.

Gambar Hiasan

Keluarga budak perempuan itu bagaimanapun terkejut dengan berita kelahiran itu berikutan usia anak mereka yang terlalu muda.

Susulan kejadian, ketua perkhidmatan sosial kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Sumber berkata, kelahiran itu adalah 'kejutan terbesar' bagi keluarga budak perempuan terbabit.


"Budak perempuan itu kini sedang dibantu pakar. Apa yang lebih penting dia dan bayinya selamat.

"Menjadi persoalan kini adalah bagaimana orang di sekelilingnya tidak menyedari perkara itu," katanya.

Sebelum ini, Tressa Middleton dilaporkan menjadi ibu termuda di UK selepas melahirkan bayi ketika berusia 12 tahun, pada 2006.

Seorang doktor, Carol Cooper berkata, kejadian terbaharu pada budak berusia 11 tahun ini menjadikan kanak-kanak itu sebagai ibu termuda di UK.

"Purata usia kanak-kanak perempuan mencapai usia matang adalah antara lapan hingga 14 tahun.

"Namun, ia boleh menjadi lebih awal kerana berat badan boleh mempengaruhi banyak hormon," katanya.

Beliau berkata, satu daripada setiap 2,500 kelahiran berlaku terhadap seseorang yang tidak menyedari dirinya mengandung.

Pada 2014, seorang bayi dilahirkan oleh budak perempuan berusia 12 tahun, manakala bapa bayi itu hanya berusia 13 tahun di UK. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 30-6-2021 11:02 AM
Siapa bapa baby tuhh?
Quote bluebutter 30-6-2021 11:19 AM
Tinot7: Siapa bapa baby tuhh?

Only the mothers know whos the real father....
Quote nazzse 30-6-2021 11:25 AM
11 tahun? hurmm iols dok main pasir lagi
Quote weezerfan 30-6-2021 11:31 AM
Takut haruan makan anak jaaa
Quote Thunderclouds 30-6-2021 11:33 AM
Pengaruh porn. No doubt. Easy access kt budak2 dh leni. Kalo pelaku tu adult, pengaruh child porn. 11 kot. Baby lg pd aku.
Quote Nana_Man 30-6-2021 11:37 AM
weezerfan replied at 30-6-2021 11:31 AM
Takut haruan makan anak jaaa

Rasanya gitu. Bapak, pakcik, datuk, abang  atau boyfriend mak budak tu yg buat.
Quote Nana_Man 30-6-2021 11:38 AM
nazzse replied at 30-6-2021 11:25 AM
11 tahun? hurmm iols dok main pasir lagi

Tgh kemaruk main slides, main pasir, main buai2 smpi tinggi kt playground. Haha
Quote nazzse 30-6-2021 11:47 AM
Nana_Man replied at 30-6-2021 03:38 AM
Tgh kemaruk main slides, main pasir, main buai2 smpi tinggi kt playground. Haha

Budak sekarang tak rasa semua tu. Rugi mcm tu je childhood dieorg.
Quote Nana_Man 30-6-2021 11:51 AM
nazzse replied at 30-6-2021 11:47 AM
Budak sekarang tak rasa semua tu. Rugi mcm tu je childhood dieorg.

Even pre covid pun budak2 dah tak mcm dulu. Ni ngan covid, makin teruk jdnya.
Quote nakkomenjugak 30-6-2021 12:19 PM
Kat sana dengan cerita teen mom nya, apa nya... sape apak baby tu
Quote Artemesiaa 30-6-2021 12:26 PM
Merata dunia dah ada berita macam ni dilapurkan zaman sekarang ni
Quote swimswim 30-6-2021 04:53 PM
Birahnya ko dii
Quote 3chanceno 30-6-2021 05:02 PM
Mungkin dirogol???
Quote I.K.A888990 30-6-2021 06:35 PM
ada byk mainan budak zmn skeg ni yg 'mainan' tu juga dia hadap
Quote hanamunir 30-6-2021 07:18 PM
umur 30, anak da umur 20, wowow untung di masa hadapan (if tak de issue apa2)

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 03:28 AM GMT+8 , Processed in 0.082714 second(s), 46 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top