CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Derita Janda- Makan Nasi Lauk Sebiji Telur Goreng Dipotong Empat

9-7-2021 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8224| Komen: 84

Johor Bahru: Diserang penyakit angin ahmar dua kali dalam tempoh enam bulan, menjadikan kehidupan, ibu tunggal, Maimun Said, 50 berdepan kesukaran.

Keadaan bertambah parah apabila, rumah sewa yang didiami di Jalan Berembang 2, Kampung Rumah 10, Plentong tertunggak bayaran dua bulan sehingga diminta supaya keluar, esok.

Maimun berkata, walaupun menderita angin ahmar yang menyebabkan bahagian kanan anggota badan dari tangan hingga kaki hilang upaya, sejak Oktober tahun lalu, dan tidak mampu berjalan serta memakai lampin pakai buang.

Sebelum ini, keluarganya tidak pernah terlepas dari melangsaikan duit sewa rumah berjumlah RM700, kerana anak keduanya, Nik Mohd Mazrulhafendi Nik Mazlan, 28, mempunyai pekerjaan.

Kredit foto: Harian Metro


"Tetapi beberapa bulan lalu, anak yang menjadi tonggak keluarga diberhentikan kerja kilang, sehingga kami tidak mampu untuk membayar rumah sewa.

"Makcik cuba untuk kuatkan semangat dan penyakit itu menunjukkan tanda positif untuk pulih pada hujung tahun lalu. Namun, pada Mac lalu makcik diserang angin ahmar sekali lagi pada anggota badan sama.

"Anak sudah mendapat kerja baru sebagai pengawal keselamatan bulan lalu, tetapi kami masih tidak membayar tunggakan sewa rumah berjumlah RM1,400. Jumlah itu terlalu besar buat kami," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini.

Maimun berkata, dia bersama tiga anak yang tinggal bersama termasuk anak bongsu berusia 15 tahun, pernah makan nasi berlaukkan sebiji telur goreng yang dipotong empat bahagian.

"Ada masanya makcik makan cuma sehari sekali. Dahulu makcik malu nak meminta tolong dengan orang, sekarang makcik sudah tidak mampu bertahan dan tidak larat lagi nak tanggung derita.

"Makcik harapkan dapat menyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR), dalam masa terdekat.

"Makcik tidak pernah memohon PPR dan apa-apa bantuan sebelum ini kerana tidak tahu dan pada ketika itu anak masih mempunyai kerja tetap menyara keluarga," katanya.

Malah, wanita itu juga sudah dua bulan tidak mendapatkan rawatan susulan bulanan di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, akibat pendarahan dalam kepala kerana tidak mempunyai kenderaan dan wang mencukupi.

Bagaimanapun, nasib yang menimpa keluarga itu mendapat perhatian, Pengurus Besar Pasaraya Econsave Cash And Carry, Mas Imran Adam yang menyumbangkan barangan keperluan harian buat wanita itu antaranya tilam, susu formula, lampin pakai buang dan keperluan dapur.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubunginya di talian 013-8379464. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mclaren 9-7-2021 01:51 PM
Makcik kalau duduk Muor inshaallah Syed Saddiq tu boleh tolong.

Harap2 TMJ hulurlah sekupang dua kat family makcik ni.  Tak payah rentas daerah kot TMJ nak melawat.

Heck.... TMJ kot, nak rentas negara pun siapa berani halang tak pasal2 masuk lokap yang halang dia.
Quote doubleharmonic 9-7-2021 01:55 PM
mazrulhafendi tu nampak macam helok jah?

[youtube]L_eW7eIaJNI[/youtube]

Quote nakkomenjugak 9-7-2021 01:55 PM
harap ada yang membantu
Quote harkktuih 9-7-2021 02:00 PM
pusat zakat mana? badan agama? baitulmal? jab kebajikan? xkan nak tunggu keluar berita, viral br nak buat kerja?ckup2 la dok opis tu dok harap org dtg submit borang mintak bantuan...
Quote Artemesiaa 9-7-2021 02:02 PM
Dah masuk media macam ni pasti akan ada yang datang bantu
Quote doubleharmonic 9-7-2021 02:02 PM
choi mazrul ni penah kena penjara?

Quote Tinot7 9-7-2021 02:08 PM
sapa yg jaga kawasan tuh? terlepas pandang kes nih ka?
Quote orgsepang 9-7-2021 02:08 PM
doubleharmonic replied at 9-7-2021 02:02 PM
choi mazrul ni penah kena penjara?

Alamak, sebab apa ya. Semoga baik2 sahaja buat keluarga ini.
Quote Belibis 9-7-2021 02:35 PM
doubleharmonic: mazrulhafendi tu nampak macam helok jah? L_eW7eIaJNI

Helok tak helok..kalau kilang nak buang tetap la kena buang..bukan dia kata cacat pun.
Quote kerunai 9-7-2021 02:50 PM
syed saddiq ada tu ..mesej je le dia
Quote asma87 9-7-2021 02:57 PM
Nape susah nk dpt umah ppr ye? AKu join group deco Rumah Kat FB..aku pelik yg banyak deco ni ada yg dari geng umah sewa PPR. Masalahnya bila deco tu jenis yg macam kayangan punya level bukan level Kedai ECo. So aku jadi pelik. Rumah PPR ni utk org yg miskin tegar ke ?
Quote LadyCarefree 9-7-2021 03:51 PM
Edited by LadyCarefree at 9-7-2021 02:54 PM
mclaren: Makcik kalau duduk Muor inshaallah Syed Saddiq tu boleh tolong. Harap2 TMJ hulurlah sekupang dua kat family makcik ni.  Tak payah rentas daerah kot TM ...


LOLLLLLL setuju

TMJamaika mesti faham kesusahan sbb Ebit cerita masa kecik TMJamaika duduk dgn penjaga kuda. Nak beli eskrem pun xde duit.
Quote nononcrux 9-7-2021 04:19 PM
Belibis replied at 9-7-2021 02:35 PM
Helok tak helok..kalau kilang nak buang tetap la kena buang..bukan dia kata cacat pun.

maaf nak kata, area plentong 10 tu byk peluang pekerjaan selain kilang ade speedmart yg masih memerlukan org. kawasan bukan pendalaman tapi kat tgh bandar mmg senang nak dapat kerja jalan kaki atau berbasikal pon boleh kalau takde transport..
Quote nononcrux 9-7-2021 04:20 PM
asma87 replied at 9-7-2021 02:57 PM
Nape susah nk dpt umah ppr ye? AKu join group deco Rumah Kat FB..aku pelik yg banyak deco ni ada yg  ...

dia tak reti bukan tak dapat, dia tak tahu sumber mcm mana nak apply.
Quote mclaren 9-7-2021 04:22 PM
LadyCarefree replied at 9-7-2021 03:51 PM
LOLLLLLL setuju

TMJamaika mesti faham kesusahan sbb Ebit cerita masa kecik TMJamaika duduk dg ...

Tergelak tadi baca.

Dah terlupa pulak UEL sampai sebak bab TMJ bersusah payah kat Tamil Nadu tu. Serious lupa
Quote glump 9-7-2021 04:23 PM
Kesian anak dia..gaji 1800 ,bayar sewa rumah 700.. anak. Pertama Tak tau kerja apa,yg kecik dikata 15 tahun. ..akalau ank je2 Tak kuat,mau dah lari dari rumah
Quote naina 9-7-2021 04:32 PM
asma87 replied at 9-7-2021 02:57 PM
Nape susah nk dpt umah ppr ye? AKu join group deco Rumah Kat FB..aku pelik yg banyak deco ni ada yg  ...

Taklah..rumah PPR ni sapa2 boleh mohon kalau pendapatan bawah rm4k kebawah..dan ada tanah sendiri ya. Tak kisahlah tanah pusaka ke tanah mak.bapak ke asalkan tuan tanah izinkan..bayar bulan2 murah je tak sampai rm500..biasa rm250 kot..ntahh.
Kalau takda tanah susah. Takleh minta cmtu je..
Quote OsHiN_hOnEy 9-7-2021 04:38 PM
isteri adun permas jaya tu
baik sgt orgnya
mintak lar dia bantu
rumah ppr sri stulang tu
kalo halau set2 indon nyewa atas org
byk unit kosong kot
Quote OsHiN_hOnEy 9-7-2021 04:41 PM
naina replied at 9-7-2021 04:32 PM
Taklah..rumah PPR ni sapa2 boleh mohon kalau pendapatan bawah rm4k kebawah..dan ada tanah sendiri  ...

you ni org mana yer?
pelik betul kata nak apply ppr
kena ada tanah bagai
bawah rm4k gaji lar

ppr ni mostly pemindahan setinggan
nak senang dpt bayar undertable rm5k

sapa kata ppr utk org miskin?
tak pernah tgk ker parking area
perumahan ppr? berlambak kereta jepun
or continental
yg miskin tu mak pak
anak2 byk kerja exec

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.100203 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top