Di sebalik kontroversi atau strategi pemasaran yang dilakukan oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, ada satu perkara yang wajar diberikan kredit iaitu konsisten dalam membayar zakat. Ianya didedahkan oleh amil zakat, Faisal Rahim di laman Twitter, bahawa jutawan tersebut telah pun membantu beribu-ribu golongan asnaf. Jadi, biarpun ada yang beranggapan Aliff sengaja mencipta sensasi di media sosial, namun perkara yang baik sebegini harus dipuji. Menjelaskan yang sikap terpuji itu dilakukan sejak usia Aliff belasan tahun lagi, mungkin itu yang menjadikan perniagaanya semakin maju. Manakala, bagi pertanyaan bolehkah mendedahkan jumlah zakat yang dibayar dan adakah itu dikira sebagai menunjuk-nunjuk, Faisal menerangkan ianya dibenarkan dalam agama kerana menimbulkan keinginan orang lain untuk turut berbuat baik. Ianya menarik minat netizen dengan jumlah zakat terbaharu yang ditunjukkan Aliff Syukri. Malahan, ada yang menghitung jumlah pendapatan sebenarnya hingga membolehkan Aliff membayar zakat hingga puluhan ribu ringgit. |
Belibis replied at 10-7-2021 04:01 PM
Oo..bayar zakat tiap bulan ehhh?? Ingatkan setahun sekali..bila cukup nisab dan haulnya.
wirazam: So untung bersih bulanan company dia dlm 2 juta 100 ribu lah...hebat!!Bagus tok lip nih..
wirazam replied at 10-7-2021 09:50 PM
So untung bersih bulanan company dia dlm 2 juta 100 ribu lah...hebat!!
Bagus tok lip nih..
pearl.silver replied at 10-7-2021 03:25 PM
Jgnkn toklip
Kezen i pun selalu up screenshot receipt bayo zakat
kakigojes replied at 11-7-2021 12:30 PM
Humble brag gitu. Walaupun tunaikan itu wajib, tapi mcm kene jugak tunjuk bukti kat public ah gitu
LadyCarefree replied at 11-7-2021 02:21 PM
Sambil berelhemdolia syukur berjela2
kakigojes replied at 11-7-2021 02:04 PM
Dan wajib kene ada stock image tangan berdoa dan skrip doa
ADVERTISEMENT