Jika anda perasan tentang tanda pagar sihir viral di Facebook, pasti tahu mengenai kisah sebuah keluarga yang dilanda sihir hingga mengakibatkan dua anaknya terkena sihir sehingga tidak waras dan terlantar tenat. Ianya dikongsikan sendiri oleh ibu kepada mangsa yang dikenali sebagai Kak Gee meminta pertolongan daripada perawat yang boleh mengubati anaknya. Maka ramai lah yang cuba untuk menolong keluarga ini. Terdahulu juga, anak sulong Kak Gee meninggal dunia yang turut dikaitkan dengan sihir ini. Terbaharu, masalah menjadi semakin kronik apabila perawat (bomoh) menyatakan yang anak-anak Kak Gee disihir oleh orang terdekat. Ianya menimbulkan rasa serabut Kak Gee dan beranggapan adiknya sendiri mahu menganiayai dia. Bagaimanapun, adik Kak Gee, Rohayu Ramli menafikan dakwaan tersebut. Bagi Rohayu, tuduhan tersebut sangat berat kerana menyatakan suaminya yang menghantar sihir kepada keluarga kakaknya. Ini kerana sebelum ini, mangsa pernah menyebut namanya kepada perawat. Keadaan menjadi semakin kecoh apabila ustaz yang sedang berubat anak Kak Gee telah tertinggal gambar-gambar Rohayu sekeluarga dengan ditusuk jarum. Kenapa begitu? Perbalahan menjadi semakin tular dengan beberapa perawat turut membuat lintas langsung menjelaskan situasi tersebut dan menuduh Kak Gee yang sebenarnya cuba menghantar sihir kepada adiknya tetapi berbalik kepada anak-anaknya. Netizen turut memberi pendapat masing-masing dan semuanya mempunyai hujah tersendiri. Ada yang menghentam Kak Gee, Rohayu dan juga perawat. |
Jolabu replied at 7-8-2021 03:09 PM
Melayu memang MCM ni kalau tak tau punca pergi bomoh kata kena buatan orang, MCM kat kampung aku mul ...
Jolabu: Melayu memang MCM ni kalau tak tau punca pergi bomoh kata kena buatan orang, MCM kat kampung aku mula MCM tu juga pergi hospital kata ada kanser, dah ...
eyansss replied at 7-8-2021 09:17 PM
areah pak mertua aku dapat kanser tapi gigih la adikberadik dia n jiran tetangga kata dia kena bua ...
Fortiori02 replied at 7-8-2021 09:40 PM
Tak leh nak brain org yg lebih caya kat tok bomoh dari Dr
misuke replied at 7-8-2021 02:43 PM
Kalau baca komen2 yg kenal dgn kak gee ni...katanya yg kenal tu kenal la kak gee ni camne....so some ...
eyansss replied at 7-8-2021 09:49 PM
ye... siap paksa jumpa bomoh berlakon ustaz merata2... masa tunggu giliran, ada makcik ni siap c ...
ADVERTISEMENT