CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Wanita Melatah Buat Swab Test - "Memang Masalah Betul Hang Ni Wanie"

13-8-2021 11:20 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4595| Komen: 18

Pelbagai kisah dan cerita pasti dialami oleh petugas kesihatan tidak kira di Pusat Pengambilan Vaksin (PPV) mahupun Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu.


Terbaharu, satu klip video menyaksikan wanita cantik yang melatah ketika melalukan ujian calitan di sebuah pusat CAC tempatan mencuit hati orang ramai di laman sosial ketika ini.


Kredit foto: TikTok @wanieooi

Video berdurasi 42 saat tersebut menyaksikan seorang wanita cantik melatah ketika petugas kesihatan mengambil sampel di dalam hidungnya.

Apa yang melucukan apabila suara wanita itu mirip suara warga emas dan sedikit kasar jika dibandingkan dengan umur dan rupa parasnya.

Petugas kesihatan yang menjalankan tugas itu juga kelihatan terkejut dan beberapa kali memohon maaf, namun wanita tersebut berkata tidak salah itu hanya tindakannya yang melatah.


“Tidak ada apa-apa, saya hanya melatah, saya minta maaf banyak-banyak,” jelas wanita tersebut.



Rata-rata orang ramai juga terkejut dengan suara yang dikeluarkan oleh wanita tersebut dan menyatakan suaranya tidak sepadan dengan penampilan dan raut wajahnya yang cantik.

“Kalau aku pun terkejut, apa suara tak ‘tally’ dengan rupa. Kasar dia tak boleh bawa bincang. Harap petugas tu ‘cool’ sahaja dan berkali-kali mohon maaf,” jelas Farrah Hannan. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 13-8-2021 11:55 AM
Mengadanya........
Quote bakingsoda 13-8-2021 11:56 AM
ehh keluar suara nenek kebayan "geli la bodoh"
Quote Ayda89 13-8-2021 12:45 PM
Seram ye suara nenek2 dia tu. Ingatkan cakap thailand hahah
Quote nakkomenjugak 13-8-2021 01:14 PM
uishhhh acaner suara jadik gitu tuuu?
disampuk sekejap keee acaner
Quote evlinne 13-8-2021 01:29 PM
Tak cantik pun...
Putih je
Quote evlinne 13-8-2021 01:30 PM
bakingsoda replied at 13-8-2021 11:56 AM
ehh keluar suara nenek kebayan "geli la bodoh"

Seram kan
Aiols pun terkejut suara mcm hantu nenek
Quote domestobot 14-8-2021 08:29 AM
kiranya dia belajar la camne nak melatah sampai jadi fasih dalam latahan. udah2 le tu zaman camni masih nak melatah.
Quote Lengkong 14-8-2021 08:41 AM
Lainnya suara
Quote Burong_Hantuk 14-8-2021 10:00 AM
Eh....
Quote Zirara99 14-8-2021 10:16 AM
Level kronik ke ni
Quote TomyamPuteh 14-8-2021 01:53 PM
Mcm dh dirancang cara dia tgk kamera
Quote batmana 14-8-2021 02:27 PM
ubatnya bagi pelempang je..dari kecil tak kene pelempang, dh besar jadi cmni..
Quote dreamcatcher 21-8-2021 11:59 PM
Orang belakang tu mcm malas nak layan je muda2 latah ni kdg2 mcm dibuat2
Quote tupaiterbang 22-8-2021 09:28 AM

Mengada2nya kau dikkkkk
Quote Sasa28 22-8-2021 11:48 AM
evlinne replied at 13-8-2021 01:29 PM
Tak cantik pun...
Putih je

Tak cantik sbb gigi dia pendek. So nmpk mcm org tua sbb bila snyum lebar skalipun tetap xnmpk semua gigi. Ada kwn mcm ni jgk.
Quote makadek 22-8-2021 03:18 PM
Sasa28 replied at 22-8-2021 11:48 AM
Tak cantik sbb gigi dia pendek. So nmpk mcm org tua sbb bila snyum lebar skalipun tetap xnmpk semu ...

Hahahahaha punca gigi pendek ke npk mcm muka kemek mcm org tua..mmg ade pn org camni haha
Quote Sasa28 22-8-2021 04:31 PM
makadek replied at 22-8-2021 03:18 PM
Hahahahaha punca gigi pendek ke npk mcm muka kemek mcm org tua..mmg ade pn org camni haha

Btol tu. Gigi atas pendek so mmg struktur muka jd lain bila senyum. Mmg nmpk mcm org tua.
Quote Cece1234 22-8-2021 04:42 PM
Tp muka pun nampak tua jugak..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.057878 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top