Setelah 17 tahun berlalu, penyanyi Dr Fitri Haris kembali bersengkang mata menjaga cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan pengurusnya Fazilah Omar.
Menurut Fitri, biarpun pernah melalui pengalaman menjaga anak pada perkahwinan terdahulu namun kali ini memberi satu perjalanan yang berbeza. Walaupun tidak dapat tidur secukupnya, penyanyi berusia 37 tahun ini menganggap ia satu kenikmatan sebagai seorang bapa. "Selepas 17 tahun, kemudian ada baby... jadi rasa seperti seorang bapa muda sebab nak jaga baby sekarang ini teringat masa jaga anak pertama saya dahulu. "Cumanya, ingat sedikit sahaja. Cara nak pegang dan bila baby menangis, nak susu... rasa pengalaman baru. Berjaga waktu malam itu sudah menjadi kebiasaan sekarang la.
"Untuk berjaga malam memang saya sebab nak beri peluang untuk isteri berehat. Selepas subuh, saya tak tidur tapi tengahari atau petang baru tidur kejap. "Kena berkorban sikit untuk merasai kenikmatan melalui pengalaman menjaga bayi. Mungkin ada orang anggap tahun pertama agak sukar tapi bagi saya, ia satu nikmat," katanya kepada mStar.
|
matchstick replied at 15-8-2021 01:17 PM
dulu kawen muda. Anak sulong dh 17 tahun heols still nmpk muda. Untung la
ADVERTISEMENT