Penerjun sensasi Olimpik China, Quan Hongchan mendedahkan impian terbarunya sejak memenangi pingat emas di Tokyo 2020 adalah untuk membuka sebuah pasar raya. Memetik sebuah laporan media China, penerjun berusia 14 tahun itu sukakan makanan ringan dan mengimpikan untuk membuka kedai runcit, namun Hongchan berkata, kedai barunya harus 'lebih besar'. Saya mahu membuka kedai yang lebih besar. Sebuah pasar raya yang lebih luas dengan banyak makanan ringan dijual," katanya. Terdahulu, Hongchan mencuri tumpuan seluruh dunia apabila memperoleh markah perfect 10 menerusi terjunan 10m platform sehingga melayakkannya menerima pingat emas. Kisah sedih Hongchan pula tular apabila wang kemenangan pingat emas tersebut mahu digunakan untuk membantu rawatan ibunya yang sakit. Minggu lalu, bapanya Quan Wenmao memberitahu media tempatan, mereka sekeluarga ditawarkan 200,000 yuan (RM130,000) dan kediaman percuma, namun mereka menolaknya. Bukan itu saja, sebuah hospital tempatan turut menawarkan rawatan percuma buat ibu dan datuknya yang sakit. Hongchan dan keluarga turut ditawarkan tiket percuma seumur hidup ke taman tema, zoo serta beberapa buah resort. Hadiah itu juga ditolak bapanya. "Saya berterima kasih kepada mereka atas segala tawaran. Tetapi, saya tidak mengambil apa-apa," ujar bapanya selepas tiga hari anaknya memenangi pingat emas. Sumber: Gempak
|
lwyl replied at 18-8-2021 02:31 PM
Sikitnya RM130,000. Emas tau tak?
lwyl: Sikitnya RM130,000. Emas tau tak?
Itzy replied at 18-8-2021 07:10 PM
ok la tu rm130 ribu. menang emas olimpik je bukan menang hadiah nobel pun. Banyak kot 130k tu. Bap ...
mongoose_kidz replied at 18-8-2021 07:42 PM
sori tanya sbb mmg aku x tahu
klau menang emas di olimpik selain pingat ade dpt duit ke..
yg aku m ...
ADVERTISEMENT