Seorang selebriti media sosial didakwa atas pertuduhan menawarkan wang bagi mendapatkan perkhidmatan seks daripada remaja. Darryl Ian Koshy, 32, berdepan tujuh pertuduhan ketika pendakwaan dibuat di mahkamah, hari ini.
Dia didakwa menawarkan remaja berusia antara 15 dan 17 tahun sejumlah wang bagi mendapatkan perkhidmatan seks selain menghasilkan filem lucah dan memiliki video lucah, lapor AFP. Koshy yang memiliki 367,000 pengikut di YouTube berdepan hukuman penjara dan denda jika disabit kesalahan. Dalam kenyataan di media sosial, Koshy menafikan beberapa dakwaan terhadapnya, namun mengakui beberapa kebenaran dalam pertuduhan terbabit. Dia mengakui perbualannya bersama seorang remaja berusia 15 tahun disifatkan bermasalah dan tidak sesuai, namun tidak berniat mengambil kesempatan ke atas golongan bawah umur.
Koshy meraih populariti menerusi media sosial memaparkan dirinya berbual menerusi kamera bersama rakannya atau berseorangan, selain bertugas sebagai penyampai di sebuah stesen radio tempatan. Bagaimanapun, pengguna media sosial pada tahun lalu menuduh dia menawarkan ganjaran wang bagi mendapatkan perkhidmatan seks selain mengirim gambar lucah. Sumber: BH Online
|
nakkomenjugak replied at 19-8-2021 03:20 PM
ohhhh dia ni.. se geng dengan si hirzi dengan munah tu
laaa ingat da senyap kes ni
Themilo replied at 20-8-2021 10:43 AM
hirzi tu kalau jumpa depan2, agak cute & petite juga yaaa.. cuma dalam video, heshe berkerak yach. ...
nakkomenjugak replied at 19-8-2021 11:20 PM
ohhhh dia ni.. se geng dengan si hirzi dengan munah tu
laaa ingat da senyap kes ni
ira_229 replied at 20-8-2021 01:53 PM
dua2 ekor ni mmg tak berkenang...konon liberal sangat...
nakkomenjugak replied at 20-8-2021 02:51 AM
uol pernah jumpa heol kaaahhh?
laaa rendang keee heol?
nampak macam hampir cecah ketinggian damb ...
ADVERTISEMENT