CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Terima Kasih Abang Shuib" - Aisar Khaled Lega Content Melampau Dimaafkan

22-8-2021 02:31 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 2952| Komen: 12|Original author: Oleh: LilRose

"Terima kasih Abang @shuibsepahtu. Ujian seperti ini merubahkan hidup saya, masyaallah."

YouTuber sensasi Aisar Khaled semalam berkongsi hantaran voice note WhatsApp Shuib yang memaafkan tindakan melampaunya, baru-baru ini.


Kredit foto: IG

Suami kepada Siti Sarah Raisuddin berkata, dia enggan menyimpan dendam atas perbuatan Aisar yang memuat naik kandungan video menziarahi pusara Allahyarham pada hari sama kematiannya.


Kredit foto: Citer Maya


Kata Shuib, dari awal melihat video kontroversi itu, dia sudah memaafkan Aisar.

"Tiada guna saya nak sakit hati dan berdendam. Saya nak mudahkan urusan orang lain sebab saya juga minta Allah mudahkan urusan saya.



"Saya juga selalu berbuat salah dan dosa. Tapi mungkin apa yang kita boleh ambil pengajaran ini, janganlah kita membuat kesalahan sama ataupun kita tidak perasan kesalahan itu tidak sepatutnya kita buat.

"Saya doakan awak terus menjadi YouTuber hebat, baik dan bagus. Gunakan platform kita untuk sebar kebaikan. Jangan jadi orang yang terlalu seronok membuat kandungan sampai akhirnya apa yang kita buat itu memakan diri sendiri," katanya.



Rata-rata netizen memuji Shuib yang sudi memaafkan Aisar dan berharap Youtuber itu tidak mengulangi kesilapan serupa. 


Kredit foto: IG

Harap Aisar akan menjaga adab dan tutur kata selepas ini. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mawardia 22-8-2021 02:38 PM
...dan tetaplah kau menggunakan voice note si soeb sebagai content kau. Dasar!
Quote whimsicalmusic 22-8-2021 04:08 PM
Geli aku tgk bdk ni..bkn skali dua buat hal..ni mcm kalo dlm cite2 omputih tu ala2 bdk2 kolej yg dickhead la..
Quote heythere123 22-8-2021 04:46 PM
dia ni patut senyap je
Quote Ayda89 22-8-2021 05:21 PM
Lepasni guarantee buat lagi demi nak viral tambah subscribers,followers
Quote auntyonion 22-8-2021 05:43 PM
Eeeewww sgtlah tak minat dia ni {:dot
Quote nakkomenjugak 22-8-2021 06:06 PM
ughhhhh scroll bawah tetibe pulekss terpampang wajah kesayuan
traumaaaa terokksss!
Quote fadz84 22-8-2021 06:12 PM
Better budak bab* air ni berhibernasi buat seketika..
Quote LadyCarefree 22-8-2021 06:17 PM
nakkomenjugak: ughhhhh scroll bawah tetibe pulekss terpampang wajah kesayuantraumaaaa terokksss!


Terus terbayang lesung batu ke?
Quote RatuDunia94 22-8-2021 08:24 PM
Selayaknya x lepas audition hero remaja.
Quote siasia 22-8-2021 11:50 PM
Dia bergambar depan pagar kubur tu pakai legging ke tu. Pastu selfie menyeringai tu kenapa. Kalau dpn kubur pun x mampu menginsafkan tu tatau la nk kata apa..
Quote diamond_intan 23-8-2021 01:51 AM
Dislike3

Quote Burong_Hantuk 23-8-2021 07:10 AM
Jijikssssss dgn dua2 ketul nih

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.049976 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top