Seorang wanita terkejut selepas menemukan nat dan skru dalam piza yang ditempahnya. Lapor Metro, Gemma Barton sudah hampir separuh menikmati pizanya ketika dia menemukan objek tersebut yang tersembunyi dalam keju.
Terkejut dengan keadaan itu, wanita tersebut kemudiannya menghubungi kedai piza berkenaan di Thornton Cleveleys, Lancashire untuk memaklumkan penemuannya. Pengurus cawangan kedai tersebut segera memohon maaf dan memulangkan semula duitnya. Selepas insiden itu, Barton memuat naik gambar piza yang ditempahnya ke dalam media sosial dan meminta orang ramai supaya berhati-hati.
“Tolong periksa terlebih dahulu sebelum makan piza anda kerana berisiko tercekik objek yang berbahaya. “Tidak dapat bayangkan jika ada di antara kita yang tertelan dan tercekik skru atau nat,” katanya. Dalam pada itu, jurucakap kedai pizza tersebut kesal dengan kejadian berkenaan dan memohon maaf atas perkara yang berlaku. “Kami mengambil serius atas semua aduan yang dibuat oleh pelanggan kerana hal itu penting untuk meningkatkan kualiti piza kami. “Kami mohon maaf atas kecuaian ini dan akan menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa,” ujarnya. -CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT