CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sistem Online Jabatan Kerajaan Masih Menyedihkan? Harap Kerajaan Baru Cakna

26-8-2021 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3845| Komen: 31

Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kesal apabila sehingga ke hari ini, perkhidmatan atas talian di jabatan-jabatan kerajaan masih pada tahap menyedihkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Lin Haslinaz menulis dalam satu status dalam Facebook miliknya, keadaan tersebut menjadi semakin kurang efektif apabila temujanji secara atas talian sekali pun perlu ambil masa sebulan hanya untuk berurusan.

“Sehari dua ini saya perlu berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pejabat pos.



“Bayangkanlah temujanji secara atas talian (online) paling cepat mengambil masa sebulan untuk berurusan. Itu pun terpaksa pilih cawangan di luar kawasan.


“Hari ini sekali lagi perlu berurusan dengan JPN pula. Nak buat temujanji online sehingga Januari 2022, tarikh penuh. Itu belum kira rencam borang-borang yang perlu diisi secara online,” katanya.

Misalnya di LHDN, sebelum ke kaunter pelanggan harus mengisi borang yang mengandungi terma-terma yang tidak semua rakyat marhaen pernah dengar atau tahu selama ini.

Selain itu, berikut adalah luahan Lin Haslinaz tentang situasi kurang baik di jabatan kerajaan yang dihadapinya :

“Langsung tak ‘friendly user’ sistemnya. Di nota pula dekat bahagian bawah ada ditulis kemungkinan temu janji akan dibatalkan sekiranya tidak mengisi dan bawa borang ini.

“Maka.. saya pun taram isi. Selepas itu, kena cetak dan bawa borang itu ke kaunter. Saya terbayang bagaimanalah pak cik dan mak cik dekat kampung tu kalau perlu berurusan dengan depa ni!

“Sampai kaunter katanya tak lengkap. Saya bagitahu tak tau nak isi sebab ada terma-terma yang saya tak familiar dan perlu merujuk kaunter.

“Hah! Mulalaaaaa dia tarik muka ‘COMMM 44’!!! Dia ingat dia pakai mask saya taktau dia tarik muka ke? Ehhhhh ini Psikologi A+ dulu tauuuu.

“Dia ingat kita ni hari-hari berurusan dengan diaorang ke? Seumur hidup ni baru first time hokeyyyyy, dahlah nak dapat date appointment sikit punya susah!

“Kena isi borang bagai, borang pula entah apa-apa terma diletaknya. Apa guna sistem? Harap-harap ada penambah baikan untuk sistem temujanji online ni please.

“Tak logik kena tunggu lama sangat untuk berurusan. Takkan kena tunggu tahun depan baru nak dapat tarikh? Macam mana nak produktif kalau macam ni?” soal Lin Haslinaz.


Sumber: Suara Merdeka

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 26-8-2021 12:40 PM
sebelum2 ni pun azab jua yach...
kalau call, payah nak jawab.
jangan call opis kerajaan satu jam lepas mula kerja, 1 jam sebelum rehat, 1 jam lepas lepas, 1 jam sebelum balik
Quote Artemesiaa 26-8-2021 12:44 PM
Bukan masaalah baru pun semua pun tahu mengenainya ramai yang dah share masaalah yang lebih kurang sama tapi masih tak ada perubahan
Quote RatuDunia94 26-8-2021 12:57 PM
Ala tgok je la masa kena berebut slot temujanji astrazaneca tu.. kan mcm kesial
Quote annehuda 26-8-2021 12:59 PM
“Maka.. saya pun taram isi. Selepas itu, kena cetak dan bawa borang itu ke kaunter. Saya terbayang bagaimanalah pak cik dan mak cik dekat kampung tu kalau perlu berurusan dengan depa ni!

Makcik pakcik kampung diorg kenal je ngan org keje kerajaan ni. Lgpun diorg ada ketua kampung, ketua kg ni mmg lantikan kerajaan dpt elaun lg tu. Kalau ada apa2 rujuk ketua kg nnt pandai2 la ketua kg deal ngan jbtn berkenaan
Quote sayawifenikmie 26-8-2021 01:02 PM
saya pelik
bila saya berurusan dengan JPN LHDN smooth jer
kengkadang rezeki
kalau kita jenis macam ni .. komplen komplen komplen ... hah mendapat Allah bagi kita perkara utk kita komplen lagi ...

musim2 pkp ni .. mestilah lama waktu temujanji sebab had menerima kustemer secara fizikal ..  had waktu berurusan secara fizikal etc ...

alahaiii
Quote belilies 26-8-2021 01:03 PM
Ko sendirik pun kata main taram je isi. Takley ke gugel dulu tanya sapa2 ke.. sharelah skali apa terma yg ko tapaham tu curious sgt aku nak tau ni. Yg setau akulah, takat ni yg mcm jpj tu guna google form utk janji temu
Quote edayildiz 26-8-2021 01:06 PM
jpn mmg lembaps sikit kot aritu..sakit hati sbb surat beranak hilang..pastu ada nk pakai surat beranak urgent sgt..xlena tdo tau..nsb baik ada yg  tlg xyah keluar p jpn
Quote cap_ayam 26-8-2021 01:16 PM
entah2 pakcik makcik kat kampung tu lebih cakna dari awak dekk..
Quote isseliparjepun 26-8-2021 01:30 PM
Masalah dah lama. Sebelum ni kaunter bukak, I memang elakkan call. Now kaunter banyak tutup. Dah waktu waktu pandemik sorang manusia pun tak ada office, nombor phone pulak hanya nombor office, email pun email office, memang payah sangat2 nak berurusan. Laman web bersawang no update at all. Diorang memang tak perasan benda ni ke? Atau sememangnya mereka sendiri tak perlu berurusan dengan jabatan jabatan lain?
Quote spicygirl3 26-8-2021 01:34 PM
Waktu pkp gaji depa penuh kan?
Quote mikasa 26-8-2021 01:36 PM
Jangan mimpi laa nak upgrade dlm masa terdekat. Mau ambik masa setaun dua
Quote Kitty_catz 26-8-2021 01:41 PM
baru kluo gue ke kak?
Quote petpom 26-8-2021 01:54 PM
Kurex replied at 26-8-2021 12:40 PM
sebelum2 ni pun azab jua yach...
kalau call, payah nak jawab.
jangan call opis kerajaan satu jam l ...

Terima kasih kerana memahami. Hihihi
Quote bulalof 26-8-2021 01:59 PM
dasar penjawat awam yg pemalas tak mau berkhidmat dgn ikhlas kpd rakyat! (segelintir)
Quote I.K.A888990 26-8-2021 02:25 PM
tu yg sedih
kita komplen lagu mana pn depa punya sistem service gitu jgk
hauk sehauknya
Quote Decaffeinated 26-8-2021 02:50 PM
dari servis lembab terus lencun

happy lah staff gomen skrg ni kerja pun aman2 kurang customer

Quote missbigrockstar 26-8-2021 02:59 PM
Sebelum covid pun hauk. Sekarang limited physical appointments, bertambah hauk lah. Hauk selamanya.
Quote aechae 26-8-2021 02:59 PM
Sistem halal tu 5,6 tahun lps pn kata nk upgred x upgred2 pn..
Quote n3ar 26-8-2021 03:25 PM
sistem gomen, apa nak pelik...

sejak JPN suruh buat appointment dulu sebelum apa2 urusan, 3,4 bulan ke hadapan slot dah penuh..

meanwhile, kawan aku hari tu ayah dia meninggal nak g JPN utk dapatkan sijil kematian, disuruhnya book online, tapi penuh abis slot temujanji...last2 dia g walk in jer gamble... nasib la RELA n staf cawangan JPN tu berhati mulia selitkan juga la dia lepas dia tunggu dekat 3 jam


pemikir2 PTD dlm gomen tak pernah buat kajian situasi ke apa, kalau jadi camni apa solution, kalau camni apa nak buat...


ni bila dah jadi baru menggelabah

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:32 PM GMT+8 , Processed in 0.048850 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top