CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak Tiga Tahun Hilang Dari Rumah, Masih Hidup sebab Minum Air Lumpur

9-9-2021 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4976| Komen: 28

Sydney: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Australia ditemukan selamat selepas hilang dari rumahnya selama tiga hari.

Aj Elfalak, yang keluar bermain di anak sungai berhampiran rumahnya dikesan oleh helikopter polis.


Ketika ditemui, pasukan mencari melihat kelibat kanak-kanak itu, minum air berlumpur.

Daily Star melaporkan, kanak-kanak itu hilang dari rumah keluarganya di kawasan luar bandar di New South Wales itu, Australia, pada 3 September lalu.

Foto: NSW Facebook

Rakan dan keluarga pada mulanya mencari di kawasan sekitar rumah, tetapi gagal, sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Rakaman diambil dari helikopter menunjukkan budak itu sedang duduk di anak sungai cetek yang terletak hanya 500 meter dari rumahnya.

Ketika itu, dia dilihat meminum air berlumpur.

Kanak-kanak itu kemudian dihantar ke rumah keluarganya.

Ibu kanak-kanak itu, Kelly, pengsan selepas pasukan kecemasan memberitahu mereka sudah menemui anaknya.

Apa yang mengejutkan, budak itu ditemukan dengan hanya terdapat luka pada kaki, gigitan semut dan ruam kerana lampin pakai buang dipakainya, menurut Pasukan Operasi Khas, Gerry Pyke.

Superintendan Tracy Chapman percaya, sumber air di mana kanak-kanak itu didapati bermain adalah penyebab yang memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk terus hidup.

"Pakar mengatakan jika (budak itu) memiliki akses ke air, dia akan dapat bertahan dalam jangka waktu lama, daripada masalah dehidrasi.

"Dan jelas, mangsa menjumpai air dan dengan jelas meminumnya," katanya.

Ketika anggota penyelamat pertama menemukan mangsa, dia melihat kanak-kanak itu melutut di sungai.

"Anggota keselamatan meletakkan tangannya di bahu kanak-kanak ini dan dia berpaling ke arah kami dan tersenyum lebar.

"Senyum yang tidak akan dilupakan pasukan penyelamat," kata ketua penyelamat Simon Merrick. -CARI

Sumber: Harian Metro
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fahdramli 9-9-2021 11:14 AM
I rasa dia main hide and seek tu...
Quote Adrif 9-9-2021 01:18 PM
budak umo camni memang lincah

yang kat rumah ni, baru umo 2 tahun
kalau kita tak nampak, leka sikit je
dia sendiri bukak pagar, nak berlari kat arah jalan besar, nak masuk semak ikut kucing
Quote acik79 9-9-2021 01:44 PM
Bahaya la tempat diaorg… ada spider yg berbisa tu bagai… aku pernah drive dr sydney ke gold coast… kampung2 dia rumah mmg jauh2 antara 1 sama lain… lebih raya dia rnr pun yg jamban lubang tu…
Quote edayildiz 9-9-2021 01:52 PM
comelnya adik..pjg umo dia..
3 thn ni besar ank bossned or ank sharnaz la kot khenzz...bdk tgh lasak..boleh gila hilang ank..tkt jumpa kt pedo jer..btw mayb malaikat tlg..bukan ke org tua ckp kdg2 kita tgk baby jatuh katil tp xde luka or cedera memana..even xnngis pun...org tua ckp malaikat tlg sambut masa nk jatuh...dok tau la betul ke tak
Quote darkness 9-9-2021 01:55 PM
3 hari. Wauu...! Alhamdulillah
Quote husna_amal 9-9-2021 02:19 PM
Ya Allah.....mujur Allah lindungi budak ni.
Quote nononcrux 9-9-2021 02:23 PM
acik79 replied at 9-9-2021 01:44 PM
Bahaya la tempat diaorg… ada spider yg berbisa tu bagai… aku pernah drive dr sydney ke gold coast ...

bestnye tgok kampung kampung oversea..
Quote nononcrux 9-9-2021 02:24 PM
nasib menyebelahi budak ni, mujur jumpa.. kat mana pon semua sama saja yang penting mak bapa kena alert ade ank jaga jgn terlepas pandang..
Quote dua_chzy 9-9-2021 04:18 PM
fahdramli replied at 9-9-2021 11:14 AM
I rasa dia main hide and seek tu...

Kan. Ntah2 ade je 'kawan' perati dia sepanjang masa.
Quote Meiizu 9-9-2021 04:27 PM
Cute betoiii imagine dia tersenyum bila selamat.
Tatau apa lagi anak ni
Quote n3ar 9-9-2021 04:28 PM
Allahuakbar...

takleh bayang 3 hari weh, takde makanan ke apa.. bergelap bersiang sorang2 utk budak umur 3 tahun...

sedangkan anak kita tinggal sekejap pun dah merengek nangis...
Quote TeropongThaico 9-9-2021 07:00 PM
Syukur dia selamat... Sib baik dia tak geli minum air yg bukan2. Ada budak kecik2 dah songeh
Quote TeropongThaico 9-9-2021 07:04 PM
Adrif replied at 9-9-2021 01:18 PM
budak umo camni memang lincah

yang kat rumah ni, baru umo 2 tahun

Uihhhh kena lincahnye... Org kata bijak sbb panjang akalnya ada je projek kalau lepa;)
Quote lurve82 9-9-2021 08:07 PM
Klu aku anak hilg blh jd giler…syukur dh jumpa…
Quote dua_chzy 9-9-2021 08:15 PM
TeropongThaico replied at 9-9-2021 07:00 PM
Syukur dia selamat... Sib baik dia tak geli minum air yg bukan2. Ada budak kecik2 dah songeh

Aku ghasa dia minum air tu karna instinct huntok survival. Anak aku pernah iya, masa tu baru setahun, dengar bunyi berdentum (tak ingat bunyi apa), terus dia meniarap di lantai cover kepala. Padehal aku takde ajar pun buat gitu. Survival instinct.
Quote TeropongThaico 9-9-2021 08:22 PM
dua_chzy replied at 9-9-2021 08:15 PM
Aku ghasa dia minum air tu karna instinct huntok survival. Anak aku pernah iya, masa tu baru setah ...

Mungkin la kan. Org tua2 cakap budak kecik ni ada malaikat yg jaga. Anyway mmg lega sgt dia selamat
Quote nakkomenjugak 9-9-2021 08:53 PM
nak oiiiiiiii
nasib laaa ko selamat nakkkkk
Quote KamikuP 10-9-2021 03:24 PM
Mlm2 dia tido mcm mana le gamaknya kan?
Quote batmana 10-9-2021 03:34 PM
500m je dari rumh, selama 3 hari kru penyelamat yg taraf komando pun tk jupe cari

ada la sesuatu yg main2 dgn budak ni..

syukur selamat hendaknya...

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.106139 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top