Kepada sesiapa yang sentiasa melakukan planking pasti tahu betapa sukarnya bertahan dengan lama dalam posisi senaman ini. Kalau dapat lakukan lebih dari lima minit pun sudah dikira cukup lama. Jadi, bayangkan jika melakukannya secara berterusan selama beberapa jam!
Tidak boleh nak dibayangkan betapa kerasnya dan penat keseluruhan otot badan terutamanya di bahagian abdomen. Memang terketar-ketar! Namun, itulah cabaran yang ingin digalas seorang lelaki yang telah memecahkan rekod dunia melakukan planking paling lama. Berasal dari Australia, Daniel Scali melakukan abdominal plank paling lama di dunia dengan catatan masa 9 jam, 30 minit.
Rekod baharu yang dicipta tersebut memadamkan rekod lama lebih satu jam. Ia merupakan satu pencapaian yang bukan sahaja luar biasa, malah di luar batasan pemikiran kita sebagai manusia normal.
|
Kurex replied at 9-9-2021 04:43 PM
Badan pun dapp walaupun rendah
mclaren replied at 9-9-2021 05:45 PM
Tak rasa nak ke tandas or nak minum ke at least selama 9 jam tu?
My record only 6 mins. Tak try d ...
MeghanK replied at 9-9-2021 05:54 PM
wow mesti keras perut mu
mclaren replied at 9-9-2021 05:45 PM
Tak rasa nak ke tandas or nak minum ke at least selama 9 jam tu?
My record only 6 mins. Tak try d ...
noor2 replied at 9-9-2021 07:55 PM
Wow...6 minit....lama gila tu...kaka pun 1minit 30 saat je
mclaren replied at 9-9-2021 08:08 PM
Bukan terus2 dapat 6 minit hi hi.
Increment by a minute every few days.
noor2 replied at 9-9-2021 08:10 PM
Hebat...kaka yg dah berminggu buat plank ni pun masih 1minit 30 saat...x mampu capai lebih dari tu ...
mclaren replied at 9-9-2021 08:16 PM
Kak noor rajin sungguh.
ADVERTISEMENT