Penyampai radio, Fara Fauzana kesal dengan sebuah Facebook Pages yang menggunakan namanya serta menyebarkan cerita tidak sahih. Walaupun setelah dibuat laporan demi laporan, namun akaun tersebut masih tidak diturunkan. Menurut Fara, 41 dia telah membuat laporan kepada pihak Facebook sejak Mei, namun masih tiada tindakan diambil.
"Mereka kongsikan cerita yang tak sahih dan mencurigakan, itu tak kira cerita dalam kelambu dan kaitkan saya dalam post tu." Pengguna Twitter turut mencadangkan agar Fara mendapatkan pengesahan (verified account) dari Facebook untuk akaun asalnya (Real Fafau) terlebih dahulu kemudian baru lah boleh meminta akaun palsu diturunkan. Setakat carian di Facebook, akaun yang menggunakan nama Fara Fauzana masih ada dan kerap menyiarkan cerita-cerita yang tular seperti portal lain. Diharapkan Fara dapat mendapat keadilan sewajarnya. - CARI |
ADVERTISEMENT