Jakarta: Seorang bapa tergamak mencampak anaknya yang berusia enam tahun ke dalam Sungai Teluk Dawan di daerah Muara Sabak Barat, wilayah Tanjung Jabung Timur di Jambi.
Lapor CNN Indonesia, su-ngai itu terkenal dengan habitat buaya. Sebelum dicampak ke su-ngai, bapa mangsa yang dikenali sebagai F sempat memarahi dan menamparnya menggunakan selipar. F kemudian mencampak anaknya dan badan kanak-kanak itu berguling sebelum memasuki ke dalam sungai. Aksi kejam itu dirakam seorang penduduk sehingga tular di laman media sosial. Isnin lalu, polis Tanjung Jabung Timur menahan bapa kanak-kanak ber-kenaan.
Setakat ini, punca penderaan belum diketahui. Selain polis, wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak juga mengunjungi rumah suspek. Tambahnya, lawatan kementerian itu bertujuan membantu anak suspek yang terselamat daripada menjadi mangsa penderaan. -CARI Sumber: Utusan Online
|
ADVERTISEMENT