Mahkamah Majistret Seremban hari ini mendakwa Zarina Anjoulie atas pertuduhan menggunakan Methamphetamine pada Jun lalu.
Selebriti sensasi itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Mahyun Yusof. Berdasarkan pertuduhan, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 34, menggunakan Methamphetamine dan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis tersebut. Zarina didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berdepan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Zarina diwakili peguam Fadhli Sutris dan Ahmad Faiz Munawar dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2,000. Mahkamah menetapkan 24 September ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Memetik Utusan, seorang selebriti wanita ditahan pada Jun lalu selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chalet Nilai. - CARI
|
Suchi replied at 13-9-2021 03:32 PM
Mahkamah masjistret mmg kena pakai tudung ya? Iols igt g mahkamah syariah je org pakai tudung.
Suchi replied at 13-9-2021 04:32 PM
Mahkamah masjistret mmg kena pakai tudung ya? Iols igt g mahkamah syariah je org pakai tudung.
trexxxxxi replied at 13-9-2021 04:05 PM
Gundunya sheol dalam IG kemahen filter kuwus yach
Suchi replied at 13-9-2021 03:32 PM
Mahkamah masjistret mmg kena pakai tudung ya? Iols igt g mahkamah syariah je org pakai tudung.
zehra2 replied at 13-9-2021 03:45 PM
haa.. ari tu kata bukan dia kan
apa la tk ngaku.. sibuk nk saman.polis pulak
ADVERTISEMENT