Pemandu Perodua Myvi kelabu yang memandu melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) pada 4 Sept lalu dikenakan hukuman penjara tiga hari dan denda RM8,000 hari ini.
Hukuman ke atas kesalahan dilakukan juga telah dimasukkan ke lesen pemandu, menyebabkan lelaki berusia 24 tahun itu hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen dalam tempoh lima tahun dari tarikh sabitan. Perkara itu dimaklumkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh, selepas tertuduh dibawa ke Mahkamah Trafik Jalan Duta hari ini.
"Lelaki yang bekerja sebagai ejen insuran itu dituduh di bawah Seksyen 42(1)1987 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) kerana memandu secara melulu dan merbahaya. "Hasil pertuduhan, pemandu kenderaan motokar tersebut mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama tiga hari dan denda RM8,000. "Sekiranya gagal untuk membayar denda, dia akan dipenjara selama 6 bulan," kata Sarifudin dalam satu kenyataan. Pada 4 Sept lalu, Astro AWANI melaporkan seorang pemandu Perodua Myvi memandu melawan arus di MEX, menghala ke Putrajaya, menyebabkan kemalangan sebuah kereta lain yang cuba mengelak. Sumber: AWANI
|
kakigojes replied at 14-9-2021 12:39 PM
Patut hukuman kalau bawak kereta melintang arus is like this:
Si pemandu bawak kereta atas jalan ...
mikasa replied at 14-9-2021 12:46 PM
Kerajaan kena gubal undang2 macam ni.
matamata replied at 14-9-2021 01:27 PM
Kalau masuk penjara walau 3 hari warna IC bertukar tak?
ADVERTISEMENT