Gadis berusia 14 tahun di Banyuwangi, Indonesia membuang bayi yang baru sahaja dilahirkannya ke dalam sebuah perigi.
Detik News melaporkan, kejadian dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan ibu muda berkenaan masuk ke tandas sebelum memasukkan bayi malang itu ke dalam tong sampah. Dia kemudian dipercayai membuang bayi itu ke dalam sebuah perigi. "Terdapat kesan darah dekat perigi. Selepas diperiksa, memang betul ada bayi di dalamnya," ujar seorang doktor yang dikenali sebagai Neni.
Katanya, gadis itu pada mulanya datang ke klinik dan mengadu sakit perut. Bagaimanapun semasa pemeriksaan dibuat, dia yang memakai pakaian besar sama sekali tidak mahu berbaring, sebaliknya dia hanya ingin mengiring. "Perutnya sangat besar," katanya. Menerusi laporan Jatim.INews, seorang lelaki yang juga jirannya dan mempunyai lima cucu didakwa merogol gadis ini sehingga menyebabkan dia hamil dan melahirkan seorang bayi. Sumber: OHBulan
|
trexxxxxi replied at 14-9-2021 02:21 PM
Astaghfirullah hal azim dikkkkk
Awat buang baby tu
nakkomenjugak: hukuman yang sesuai?hukuman potong totey macam sida2 yestana china. kasi habis potong.
fefeeling replied at 14-9-2021 10:55 PM
Family dia mana? Takkan la badan budak yg kecik tetiba perut momboyot mak takleh trigger? Hari2 paka ...
ADVERTISEMENT