Kes jangkitan Covid-19 yang masih tinggi dalam negara sedikit sebanyak menimbulkan kerisauan kepada pelakon Beto Kusyairy yang perlu kembali ke set penggambaran.
Beto, 41, bagaimanapun berkata, dia terpaksa keluar mencari rezeki bagi meneruskan kelangsungan hidup dan membiasakan diri dengan kewujudan virus Covid-19. "Sejujurnya kerisauan itu tetap ada... tapi nak tak nak kita kena biasakan diri dengan situasi sekarang yang virus ni tak akan pergi mana-mana. "Kita kena hidup dengan virus ini tapi dalam masa sama siapkan diri kita, berjaga-jaga dan berdisiplin ikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan untuk mengelakkan diri daripada jangkitan.
"Nak tak nak inilah kerjaya kami, saya sendiri tak reti nak buat benda lain, ini sahaja yang saya tahu buat dan mampu buat. Jadi mahu tak mahu kita kena berdamai dengan virus ini," katanya kepada mStar semasa sidang media drama terbaharu, Penghulu Interim yang diadakan secara maya, baru-baru ini. Memikirkan soal kesihatan dan keselamatan keluarga, Beto berkata dia memilih untuk bekerja dengan produksi yang mengutamakan SOP termasuklah pengambilan vaksin Covid-19. "Saya mempunyai orang tua dan anak-anak kecil di rumah jadi lebih baik mencegah daripada mengubati. Itulah yang saya lakukan selagi saya termampu. "Individu antivaksin harus sedar, mereka bekerja dalam kelompok yang ramai jadi jika tidak percaya dengan sesuatu, jangan sampai menyusahkan orang lain. Apabila menjadi pembawa, kita akan membabitkan orang lain. "Individu sudah lengkap vaksin tetap boleh dijangkiti dan apabila pulang ke rumah, (boleh) berjangkit pula pada keluarga. Puncanya sebab individu antivaksin yang mementingkan diri. Bagi saya, perkara ini tidak adil," katanya. Sumber: mStar
|
Rotisserie replied at 14-9-2021 07:11 PM
Apo pulak punca dr org yg tak vaksin? Dh mmg KKM pn mengaku kata yg dh vaksin pn blh dijangkiti & me ...
ADVERTISEMENT