Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memerintahkan hukuman penjara 24 tahun terhadap bekas tentera yang didapati bersalah merogol dan melakukan persetubuhan di luar tabii terhadap anak kandungnya lima tahun lepas berkuat kuasa pada Selasa.
Ini bermakna lelaki berusia 45 tahun itu terpaksa meringkuk lebih lama selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara memerintahkan hukuman penjara 18 tahun dan enam tahun yang diputuskan berjalan secara serentak oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru sebelum ini, berjalan secara berasingan. Perayu yang berdepan dua pertuduhan itu perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun terlebih dahulu dan apabila selesai hukuman itu, dia akan menjalani hukuman penjara enam tahun lagi, menjadikan jumlah penjara adalah 24 tahun. Bekas tentera berpangkat sarjan itu sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan serta enam tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 27 November 2018 selepas didapati bersalah merogol anak perempuannya yang ketika itu berusia 17 tahun. Mahkamah Sesyen bagaimanapun memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara secara serentak iaitu 18 tahun dengan 15 sebatan dan Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 21 Jun 2020 mengekalkan sabitan dan hukuman berkenaan. Hakim Abdul Karim dalam penghakimannya berkata, Hakim Mahkamah Sesyen dan Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila memutuskan hukuman penjara terhadap lelaki itu berjalan secara serentak. "Kes rogol dan liwat adalah berbeza dan hukuman sepatutnya berjalan secara berturutan. Oleh itu, mahkamah mengetepikan hukuman penjara secara serentak yang diputuskan oleh kedua-dua mahkamah berkenaan," kata Hakim Abdul Karim selepas membenarkan rayuan silang oleh pihak pendakwaan terhadap hukuman penjara 18 tahun ke atas lelaki tersebut. Bagaimanapun, Hakim Abdul Karim, yang bersidang bersama Datuk Vazeer Alam Mydin Meera dan Datuk Lee Heng Cheong menolak rayuan lelaki itu terhadap sabitan dan hukuman selepas mendapati rayuan perayu tidak mempunyai merit. "Kedua-dua hakim Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi tidak melakukan apa-apa kesilapan dari segi undang-undang dan fakta untuk mewajarkan mahkamah ini campur tangan terhadap dapatan kedua-dua mahkamah itu. Oleh itu, rayuan perayu ditolak dan dapatan Hakim Mahkamah Tinggi dikekalkan," kata Hakim Abdul Karim. Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Taman Desa Tebrau, Johor Bahru pada 2.30 pagi, pada 15 Mac 2016. Bagi kesalahan merogol, dia didakwa mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan manakala bagi pendakwaan bagi kesalahan persetubuhan di luar tabii dikemukakan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee manakala peguam Noordin Hussin mewakili lelaki berkenaan. Sumber: Bernama
|
LadyCarefree replied at 14-9-2021 04:09 PM
Polis tu. Adoi.
gigahertz replied at 14-9-2021 11:17 PM
bekas tentera la
Anamia replied at 14-9-2021 11:17 PM
Tentera zisss
LadyCarefree replied at 14-9-2021 04:22 PM
Tentera tu. Adoi.
mclaren replied at 14-9-2021 11:12 PM
Dulu yang ada kes ayah first time rogol anak dia masa dia bawa anak pergi umrah tu, apa endingnya ye ...
tumpanglalu74 replied at 14-9-2021 11:26 PM
Ini dia setan tu:
mclaren replied at 14-9-2021 11:12 PM
Dulu yang ada kes ayah first time rogol anak dia masa dia bawa anak pergi umrah tu, apa endingnya ye ...
ADVERTISEMENT