Seorang lelaki mengaku cuba membunuh isterinya tiga tahun selepas wanita itu menang loteri berjumlah £5.5 juta (RM31.6 juta), lapor Metro UK.
Stephen Gibbs, 45, pada mulanya menafikan dia cuba membunuh isterinya, Emma Brown, 49, namun mengubah pengakuan pada hari pertama perbicaraan di Mahkamah Diraja Cardiff kelmarin. Pasangan itu tinggal bersama selama 11 tahun dan menikmati percutian di Sepanyol dan Portugal sebelum Gibbs tiba-tiba menyerang Brown di kediaman mereka di Barry, Wales Selatan pada malam 30 Januari lalu. Akibat serangan itu, Brown mengalami kecederaan pada bahagian wajah, lengan dan perutnya selain terpaksa menjalani pembedahan plastik di Hospital Universiti Wales.
Pasangan tersebut berkahwin selepas Gibbs dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana menyerang bekas teman wanitanya menggunakan pisau. Apabila wanita itu memutuskan hubungan dengan Gibbs, dia menikam anak lelaki mangsa berusia 11 tahun sebanyak lima kali. Dia juga pernah cuba membunuh diri dengan terjun dari tempat letak kenderaan bertingkat, namun terselamat. Hakim Richard Twomlow memberi amaran kepada Gibbs bahawa dia berdepan hukuman penjara yang panjang akibat serangan terbaharunya itu. Sumber: Kosmo
|
R2D2 replied at 14-9-2021 11:53 PM
tu sebab nama pemenang loteri haram
tak didedahkan nama
pernah berlaku, ramai tahu si apek ni mena ...
R2D2 replied at 15-9-2021 12:17 AM
ni pun satu kes lain
takut org keliling tahu dia menang
ADVERTISEMENT