Penceramah motivasi, Amin Idris menasihatkan usahawan selebriti Datuk Seri Aliff Syukri agar lebih sensitif dalam menghasilkan kandungan video untuk tontonan umum.
Menerusi hantaran di Instagram, beliau berkata, secara umumnya video itu tidak ada masalah dan hanya sekadar untuk buat lawak. “Yang jadi masalah bila dikaitkan dengan Palestin. Untuk info Datuk, perang Palestin is not a joke (bukan lawak). Mohon lebih sensitif. “Bayangkan kalau kita ditempat rakyat Palestin, apa perasaan kita di kala ahli keluarga terkorban ada pula yang dijadikan bahan lawak?
“Sebelum ini, saya pernah menegur tindakan tidak wajar kepada beliau dan melalui isterinya. Namun usahawan itu tetap dengan tindakannya yang seringkali membuka aib sendiri. “Nasihat saya buat diri saya, Datuk dan semua, nak buat content pun biarlah ia memberi nilai ilmu dan tidak merendahkan akal,” tulisnya. Baru-baru ini, Aliff menghasilkan video situasi perang di Palestin berlatarkan suara orang gelak ketawa yang dimuat naik menerusi TikTok dan Instagram yang mengundang rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Dalam video berkenaan, Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahidah berlakon seolah-olah berada di Palestin apabila berlaku tembakan dengan isterinya berpura-pura mati sementara dia meneruskan peperangan. Menerusi keterangan di video sama di Instagramnya pula, Aliff turut bergurau dengan bertanyakan kepada warganet adakah dia layak menjadi Menteri Pertahanan Malaysia? Sumber: MalaysiaGazette
|
ADVERTISEMENT