Seorang lelaki terpaksa diselamatkan selepas dia memanjat sebuah pencawang telekomunikasi di Bang Lamung, dipercayai kerana bertengkar dengan isterinya, lapor laman berita Thaiger News semalam.
Petugas keselamatan dan media tempatan bergegas ke lokasi kejadian untuk mencari lelaki itu yang berada pada ketinggian 17 meter di atas pencawang tersebut sekitar pukul 9 malam (waktu tempatan). Petugas keselamatan terpaksa memujuk lelaki itu menggunakan alat pembesar suara namun gagal. Lelaki tersebut mengaku dia memanjat menara tersebut selepas bertengkar dengan isterinya. Menurut lelaki itu, dia bekerja sebagai seorang cef di sebuah restoran masakan Thailand dan meminta isterinya untuk membawanya ke sebuah pasar bagi membeli stok bahan masakan memandangkan dia berada dalam keadaan mabuk.
Isterinya bagaimanapun menolak permintaan lelaki itu, menyebabkan mereka bertengkar sebelum dia memanjat pencawang tersebut untuk memberi ‘pengajaran’ kepada wanita itu. Petugas keselamatan akhirnya terpaksa memanjat menara itu untuk menurunkan lelaki tersebut. Menurut pihak berkuasa Bang Lamung, dia kemudian dibawa ke sebuah hospital tempatan bagi menjalani penilaian mental rutin. -CARI Sumber: Kosmo
|
Bholatchomel replied at 15-9-2021 01:26 PM
hahaahaha.. bila dah mabuk.. nasib baik tak kena renjatan letrik.. lelaki merajuk kalah orang peremp ...
Bholatchomel replied at 15-9-2021 01:26 PM
hahaahaha.. bila dah mabuk.. nasib baik tak kena renjatan letrik.. lelaki merajuk kalah orang peremp ...
ADVERTISEMENT